Pages

Tuesday, 10 September 2013

GEMPAR! HANYA RM50 UNTUK MENJADI KERABAT DIRAJA! BIAR BETUL @PDRMsia

Begitu mudahnya zaman sekarang ini untuk menjadi kerabat Diraja. Hanya membayar serendah RM50 anda akan menjadi kerabat Diraja dengan mengisi borang-borang tertentu. Adakah status kerabat Diraja boleh dibeli dengan mudah begitu sahaja? Sejauh pengetahuan teman, kerabat diraja mempunyai asal usul dan susur galur yang tertentu. Bukan boleh dijual beli..

Teman terjumpa dengan satu borang yang sedang berlegar-legar untuk menjadi ahli kerabat diraja yang didakwa Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura yang beralamat di Istana Hinggap Siak Sri Indrapura, Taman Botani, Simpang Pulai, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Didalam borang ini menyebut sebagai "BORANG PERMOHONAN UNTUK MENGANGGOTAI AHLI KERABAT/AHLI MUDA/AHLI KEHORMAT/ AHLI ELIT KEHORMAT MAJLIS PENERUS KESULTANAN SIAK INDRAPURA MALAYSIA". Setiap keahlian dikehendakki membayar yuran sumbangan keahlian dan yuran tahunan serendah RM50 hingga RM500. Pemohon juga diminta mengisi ruang-ruang unit yang diminati seperti Unit Berkuda, Unit Memanah hingga ke Unit Selam.

Apa yang menjadi tanda tanya, adakah kesultanan ini adalah pewaris sah mana-mana kesultanan di Tanah Melayu satu ketika dahulu? atau sebaliknya. Teman tidak mahu membuat sebarang spekulasi ke atas pewaris-pewaris diraja memandangkan teman tidak begitu arif di dalam bidang ini. Namun mungkin tanda tanya berlegar di dalam masyarakat negara ini kerana sudah terlalu ramai yang mengaku sebagai pewaris kesultanan tertentu hingga menggugat kepada keselamatan negara seperti yang berlaku sebelum ini.

Pihak-pihak yang berwajib wajar memberikan penjelasan untuk mengelak perkara ini berlarutan dan salah tafsir masyarakat keseluruhannya.

6 comments :

  1. Assalamualaikum..saya ada dpt borang tersbut tapi bukan ingin menjadi ahli kerabat diraja hanya perlu bayar rm 50 tapi yang saya faham borang tu untuk manjadi ahli pertubuhan tu kepada kerabat2 diraja yang benar hanya d kenakan bayaran rm50..fuhhhh manusia sekarang memang cepat nak tabur FITNAH!

    ReplyDelete
  2. Apple Biru cuba nak bermain api dan menjolok sarang tebuan. Bagus-bagus boleh makan nasi kandar berhidang di Restoran Nasi Kandaq, tak pasai-pasai makan nasi bungkus kat lokap. Sudah-sudahlah menabur fitnah. Kami bukan bodoh tak sekolah macam Apple Biru.

    ReplyDelete
  3. TERIMA KASIH APPLE BIRU KERANA MEMBANTU MEMPROMOSI MAJLIS INI DIKHALAYAK RAMAI. GOOD JOB BRO.

    ReplyDelete
  4. Apple biru dah busuk,aku belum lagi jadi ahli Pertubuhan ni tapi aku dah di sekolahkan oleh ahli perstuan ni,kau apple busuk betul2 tabur fitnah,nasib baik aku bukan ahli kalau tak aku hasut prstuan ni saman ko sebb finah.aku betul2 sokong prsatuan ni sebb prsatuan ni brlainan dgn prstuan2 yg ada.prstuan ni lengkap dgn aktiviti yg brfaedah seperti kebajikan,sukan n agama.wahai pengerusi Majlis ni aku harap kamu saman apple busuk ni.ajar dia sikit sebb memfitnah.aku pun nak masuk ahli nanti.SAMAN!SAMAN!SAMAN si apple busuk!

    ReplyDelete
  5. Kalau kail panjang sejengkal, jgn lautan hendak diduga. kalau takut dilanda ombak jangan berumah ditepi pantai. selidiklah baik2, jgn senang lenang berkata-kata wahai apple biru. kerana mulut badan binasa. x kenal maka x cinta!

    ReplyDelete
  6. Kenapa diam? Jawab Che mat ..jawabb

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...