Pages

Thursday, 26 September 2013

GEMPAR! PROJEK TOKONG TERBESAR DI DUNIA! DAH GILA?

Benar tetap benar tetapi yang salah tetap salah. Menyokong kepada yang baik, namun jika berlaku sebaliknya akan tetap disanggah dan ditentang.

Mengejutkan apabila satu projek pelancongan yang dinamakan ’1 Malaysia Spiritual Tourism’ bernilai RM10 bilion bakal dilaksanakan oleh syarikat Enchant Acres Sdn Bhd di Bukit Gambang, Pahang. Projek ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 500 ekar mengatasi keluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang luasnya 493 ekar.

Projek ini didakwa telah mendapat sokongan penuh Kerajaan Malaysia dan Tourism Malaysia yang berkonsepkan "spiritual tourism".

Projek ini akan melibatkan semua agama seperti Kuan Yin, Buddha Alam, Hindu, Sikh, Sai Baba, Taoisme, I- Kuan Tao, Confucianisme dan Kristian disamping  resort, pusat peranginan, restoran, pusat perniagaan, kelab, pusat-pusat hiburan, taman, kolej universiti, sekolah antarabangsa dan pusat pembelajaran.

Dimanakah rasionalnya kewujudan projek yang terbesar ini? Tempat-tempat yang seumpamanya telah "berlambak" di serata negara seperti Kek Lok Si dan Sleeping Buddha di Pulau Pinang, Sam Po Thong Cave dan Perak Tong di Perak, Tian Hou Kong di Kuala Lumpur dan Batu Caves di Selangor. Ini tidak termasuk  gereja terbesar di Asia Tenggara yang sedang rancak dalam pembinaan.

Islam adalah agama rasmi negara namun agama lain tidak dilarang diamalkan. Walaupun begitu, agama lain jangan berlebih-lebihan melakukan perbuatan seolah-olah menafikan Islam sebagai agama tunggak negara ini.


Maklumat lanjut mengenai projek ini boleh diikuti pada pautan berikut:

3 comments :

  1. Bantah tetap bantah, cuba dapatkan statement dr PM ye atau tidak?

    ReplyDelete
  2. Betul, semoga mereka yang lebih tahu pasal projek ini dapatkan maklumat sejelas-jelasnya, sebelum kita himpunkan semua Pembela Agama Islam dan Bangsa Melayu untuk membuat bantahan secara Rasmi dan menyeluruh... Nampaknya musuh2 Islam dan Melayu semakin berani dan rakus membuat onar di Tanah Melayu ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...