Pages

Monday, 9 September 2013

GANGSTERISM REMAJA KAUM INDIA : Apa MIC Dah Buat?

DARI apa yang didedahkan pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini, jelas menunjukkan penglibatan kaum India yang agak ramai dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap atau gangster ini.

Walhal kaum India adalah etnik terkecil dari kalangan 3 kumpulan etnik utama di negara kita, tapi penglibatan etnik ini dalam kumpulan-kumpulan bawah tanah ini, adalah yang paling ketara sekali.

Nama-nama kumpulan gangster seperti 04, 08, 36 dan sebagainya adalah antara kumpulan ganas yang setakat ini dikaitkan dengan kaum India.

Semua ini memerlukan kajian mendalam, apa dan kenapa mereka boleh terlibat dengan kumpulan samseng.  Dari pengalaman penulis sendiri, majoriti teman-teman berbangsa India yang terlibat dengan kumpulan gangsterisme ini adalah kerana mereka rasa selamat bila menjadi ahli kumpulan tersebut.

Tak bimbang bila diancam, dibuli dan sebagainya, walaupun itu bermaksud terpaksa mengorbankan sedikit wang dan kebebasan diri untuk mendapat kepercayaan dari kalangan pemimpin kumpulan gangster berkenaan, adalah antara sebab utama kenapa mereka menyertai kumpulan gangster ini.

MIC sebagai parti utama orang India dalam BN, perlu membuat kajian mendalam kenapa remaja India lebih cenderung untuk terjerumus dengan kumpulan-kumpulan gangster.  Agak mengejutkan bila ada maklumat menyebut sebahagian besar remaja India terlibat dengan kumpulan ini sejak dibangku sekolah lagi.

Sehingga berlaku di beberapa kawasan pihak sekolah terpaksa meminta bantuan polis untuk melakukan pengawasan di sekolah bagi mengelakkan pengaruh kumpulan ini menembusi kawalan pihak sekolah.

Kalau tidak salah penulis, beberapa tahun dulu kajian mengenai perkara ini pernah dijalankan MIC.  Apakah keputusan dan tindakan selanjutnya, tidak pernah didedahkan kepada umum.  Kita sendiri pun tidak tahu halatuju kajian tersebut dan sama ada MIC sedar akan peningkatan pengaruh gangster di kalangan remaja India ini atau tidak.

Dari segi persepektif umum, ada 2 sebab saja kenapa seseorang cenderung menyertai kumpulan gangster.

Pertama, untuk melindungi diri bila masa diperlukan dari penindasan dan kedua untuk mencari wang dengan jalan yang sangat singkat, tidak perlu bersusah payah belajar, bekerja dan sebagainya.

Negara kita tidak seperti sesetengah negara di dunia yang mengamalkan polisi menindas mana-mana etnik.  Justeru, tidak ada sebab kenapa orang India menyertai kumpulan gangster untuk mengelakkan dari ditindas.

Ini sudah tentu ada kaitan dengan faktor yang kedua.

Disini MIC perlu memainkan peranan dalam mengenal pasti punca sebenar yang membawa kepada masalah tersebut dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk dicari jalan penyelesaian.

Kalau tidak menghapuskan terus pun, cukuplah kalau dapat mengurangkan pengaruh kumpulan-kumpulan samseng ini dari merosakkan masa depan remaja India.

1 comment :

  1. aku pun hairan ngan budak2 india ini.nk kata x der peluang kerja x mungkin .cuba tengok tempat2 yg paling senang kita tengoklah katakn di restoran2 kfc ,Mc'd,pizza hut,7 eleven dll lagi ada berapa ekor budak india yg sanggup kerja di tempat macam itu.kalu korang x percaya ckp aku korang pergilah tengok sendiri kadang2 aku terfikir budak2 india jenis memilih kerja juga ke ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...