Pages

Wednesday, 11 September 2013

INI BUKAN GAMBAR ANWAR DAN GUAN ENG! SEMUA SALAH UMNO NI!

Isu Kalimah Allah terhenti seketika. Mahkamah Rayuan telah  menangguhkan ke satu tarikh lain keputusan rayuan kerajaan terhadap kebenaran yang diberi kepada Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan Herald - The Catholic Weekly. 

Pada 8 Julai, Gereja katolik itu, kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan rayuan kerajaan. Gereja Katolik diketuai Biskop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 16 Februari 2010 dengan menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden. Antara lain mereka memohon deklarasi bahawa keputusan KDN melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam The Herald adalah tidak sah.

Tiba-tiba beberapa kepingan gambar beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bersama paderi yang membawa kes ini ke mahkamah tersebar meluas. Adakah Allah ingin menunjukkan sesuatu atau secara kebetulan? Pembaca menilai sendiri sikap pemimpin Pakatan Rakyat menjadi talam dua muka ini. Pastinya, PAS membisu seribu bahasa!...Tidak berani bersuara demi kuasa dan jawatan dunia yang sementara..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...