Pages

Monday, 16 September 2013

MELAMPAU DAN KURANG AJAR! PEMBUNUH UPAHAN PROFESIONAL UGUT KETUA POLIS MELAKA @PDRMsia

Apakah masalah dengan segelintir rakyat Malaysia yang tidak menghormati penguatkuasa yang menjaga keamanan dan keselamatan negara terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Adakah akibat daripada kesedaran sivik yang kurang ataupun tiada langsung?

Terbaru, pemilik facebook Tailong Man mengugut Ketua Polis Melaka dan berniat jahat untuk mencederakan anggota keselamatan. Teman yakin ugutan ini adalah ekoran daripada Ops Cantas yang sedang giat dijalankan oleh PDRM. Begitu berani pemilik facebook ini meletakkan pekerjaan beliau sebagai "Pembunuh Upahan Profesional". 

Teman berharap pihak PDRM harus menjalankan siasatan siapakah disebalik pemilik facebook ini. Disamping mengugut PDRM, status pekerjaannya wajar diteliti dan disiasat secara terperinci. Tidak semua perkara boleh dibuat sebagai permainan atau suka-suka. Jika mahu melawak haruslah bertempat.

ScreenShot Credit : Admin amRF

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...