Pages

Wednesday, 11 September 2013

HOT NEWS! EDITOR MALAYSIAN INSIDER KANTOI!

Portal berita Malaysian Insider secara terbuka memfitnah Menteri Pelajaran (II), Datuk Seri Idris Jusoh, melalui tajuk beritanya, “ Not happy with the country’s education system? Send your kids overseas, says minister” (Hantar anak belajar luar negara jika tak yakin sistem pendidikan, Menteri).

Tajuk tersebut memberi tanggapan pembaca bahawa Idris Jusoh menyatakan sesiapa yang tidak suka dengan sistem pendidikan negara boleh hantar anak mereka ke luar negara.  Hasilnya sekarang sudah ada momokan dalam bahasa lebih kasar yang sedang dimainkan oleh penyokong pembangkang sekarang ialah, “sesiapa yang tidak suka dengan sistem pendidikan negara, boleh berambus dari negara ini.”

Namun dalam artikel tersebut sendiri wartawan Malaysian Insider menulis kata-kata Idris Jusoh,

“If some people feel the system is not good and want to send their children overseas to study, the government cannot stop them. But the Ministry will work towards improving the country’s education system,” said Idris after a forum in Shah Alam today.

“Jika ada yang berkata sistem ini tidak baik dan mereka memilih menghantar anak ke luar negara, maka kerajaan tidak akan menghalang. Namun kita akan terus bekerja meningkatkan kualiti sistem pendidikan kita.”

Sudah tentu beza besar antara “kerajaan tidak halang rakyat hantar anak ke luar negara jika tidak suka dengan sistem pendidikan negara” dengan “rakyat yang tidak suka dengan sistem [endidikan negara sila hantar anak anda ke luar negara.”

Adakah editor Malaysian Insider yang menulis tajuk berita tersebut bodoh dan bangang atau sengaja berbuat demikian?

Jika sengaja berbuat demikian maka tidak syak lagi beliau merupakan ejen Pakatan Rakyat.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...