Pages

Sunday, 22 September 2013

CEC DAP! DAP MASIH GAGAL KUASAI EXCEL?

SEPATUTNYA bila pemilihan pertama sudah dibuktikan penuh dengan penipuan undi dan penyelewengan, pemilihan kedua yang bakal diadakan perlulah diaudit oleh audior luar.

Barulah orang kata adil dan logik.

Sebab orang yang terlibat menguruskan kedua-dua pemilihan tersebut ialah orang yang sama.  Kalau dia boleh menipu secara terang-terangan dalam pemilihan yang pertama, apa yang menghalang dia dari menipu dalam pemilihan yang kedua?

Penulis rasa sebagai sebuah parti yang hampir penuh dengan para manipulator undang-undang, persoalan semacam ini adalah persoalan yang sangat-sangat asas.  Macam sebelum makan kena bersihkan tangan dulu, asas macam itu sekali.

Tapi bila DAP tetap nak menlantik auditor dalaman untuk memastikan ketelusan dalam pemilihan kedua bulan ini, ia mencetus persoalan yang sangat besar, sama ada sengaja nak tempah bala, atau tidak ada firma audit luar yang berani mempertaruhkan imej masing-masing setelah melihat ketirisan dan ketidak telusan yang berlaku dalam pemilihan pertama.

Penulis berat mengatakan, masalah kedua itulah yang menyebabkan DAP terpaksa melantik auditor dalaman.

Meniaga, lebih-lebih lagi dalam bidang audit ini memang macam itu, semuanya tentang reputasi dan imej syarikat sebab disitulah datangnya punca pendapatan dan peluang bisnes yang lain.  Kalau bangku rosak boleh beli baru, imej rosak, bukan senang nak dapat balik.

Dalam masa yang sama pulak, takkan DAP nak upah auditor yang cikai-cikai untuk audit keputusan CEC nanti, tapi masalahnya dengan auditor luar yang terkenal seperti Price Water House dan sebagainya, imej dan reputasi penting.

Tengok keputusan dalam pemilihan yang pertama, penulis boleh faham kalau tidak ada firma audit terkenal ini yang berani.  Tak dapat duit dari DAP pun tak mengapa, jangan pelanggan akan datang pulak lari atau lebih teruk, pelanggan yang sedia ada pun hilang jugak.

Hanya disebabkan DAP seorang.

Situ saja membuktikan bahawa DAP ini adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai.  Memang dia cakap degar-degar pasal ketelusan, akauntabiliti dan sebagainya, tapi sekarang kita semua tahu bahawa itu hanyalah penyedap bibir saja.

Hakikat yang sebenarnya, parti itu nombor dua paling tidak boleh dipercayai dalam soal ketelusan pemilihan dibelakang PKR.  Pemilihan PKR jangan cakaplah, lagi tunggang langgang, sudahlah jawatan Ketua Umum setaraf wali,tidak boleh dicabar oleh sesiapa.

Pandangan terhadap DAP ini perlu diubah dari sekarang.  DAP bukan lagi parti yang mementingkan ketelusan, DAP adalah parti yang mengutamakan kronisme dan nepotisme lebih dari demokrasi dan kehendak sebenar ahli.

Suara Generasi Baru

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...