Pages

Friday, 20 September 2013

MELAYU WAJIB BACA! BUKTI CHIN PENG ADALAH ASKAR UPAHAN DIDEDAH!

Diambil dari bahasa Latin "divide et impera", "divide and rule", pecah dan perintah menjadi senjata terbaik sepanjang zaman sejak digunakan oleh pemerintah Rom Caesar dan Maharaja Perancis Napoleon. Tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mendapatkan dan mengekalkan kuasa dengan memecahkan kuasa besar kepada serpihan Konsep ini merujuk pada strategi yang memecahkan struktur kuasa sedia ada dan menghalang kuasa kecil dari bergabung.

Dalam kata lain, konsep politik untuk mendapatkan dan menakluk sesebuah kawasan atau wilayah dengan cara memecahkan kelompok kuasa yang besar kepada kelompok yang lebih kecil.   Akhirnya berlaku pemecahan struktur kekuasaan sedia ada dan menghalang kelompok-kelompok kecil itu daripada bersatu dan berhubungan.

Penggunaan yang serupa diimplimentasikan pada strategi tentera seperti disebuat di dalam buku "The Art of War" dimana "Kapten" perlu cuba segala upaya bagi membahagi pasukan musuh, samada dengan menyakin mereka mensyaki orang-orang yang dipercayainya, atau dengan memberikan punca bagi mereka memecahkan pasukannya untuk menjadikan mereka lebih lemah.

Permulaan teori dan sejarah politik tersebut, teman ingin membawa pembaca apa yang telah berlaku di Malaysia, bagaimana penjajah barat melaksanakan teori "pecah dan perintah" bagi tujuan-tujuan tertentu khsususnya menjajah! Apa yang berlaku di masa penjajahan di negara ini apabila penjajah memecahkan kedudukan dan penempatan serta sektor pekerjaan bangsa-bangsa utama. Bangsa Melayu di kampung-kampung, Bangsa Cina di bandar-bandar  dan bangsa India di ladang-ladang.

Jadi, petikan gambar diatas, adalah sebagai bukti bahawa penjajah menggunakan teknik dan kaedah ini melatih dan membantu MPAJA dan Chin Peng sebagai balasan Chin Peng mengambilalih negara ini. Gambar tersebut juga menunjukkan bagaimana penjajah mengiktiraf komunis dan bintang 3. Begitu jugalah, penubuhan parti-parti Melayu selain daripada UMNO yang telah ditubuhkan bagi tujuan dan niat memecah belahkan bangsa Melayu yang menjadi majoriti negara ini.

Teman bukanlah berfikiran kolot tetapi sejarah telah membuktikan sehingga hari ini bagaimana kejatuhan pemerintah negara-negara di seluruh dunia. Cuba kita lihat yang sudah dan sedang berlaku di Aghanistan, Iran, Iraq, dan Syria (sebagai contoh) bagaimana kaedah dan teknik yang sama dilakukan oleh barat demi mencapai tujuan dan niat jahat untuk menjajah. Bahkan, dengan sedikit perubahan daripada tenik dan kaedah tersebut, kerajaan "badut" yang didakwa pro-rakyat ditaja dan ditubuhkan demi mengaburi mata rakyat. Sejarah membuktikan teknik dan kaedah berkesan mempengaruhi rakyat, malah golongan cendikiawan sendiri menyokong tanpa sedar.

Alangkah malangnya!...

2 comments :

  1. memang benar chin peng di upah british, tapi bukan untuk membunuh melayu...banyak fakta sebenar "tersimpan"...Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. maaf, tapi tulisan ini lebih bersifat 'mala fide', hanya dengan sekeping gambar penulis membuat andaian sendiri tanpa fakta2 kukuh, sebagai contoh, jika kita lihat gambar pm kita almarhum tun razak ketika bertemu pengerusi pkc moa tse tong sekiar 1970an dulu, adakah ini menunjukkan bahawa beliau menyokong perjuangan komunis..? tentu sekali tidak ! Jadilah warganegara yang berilmu sebelum membuat sesuatu 'telahan' hanya kerana sekeping gambar.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...