Pages

Thursday, 26 September 2013

BABI DAN SUBSIDI! TERKHILAF, ISTIGHFAR DAN MEMOHON MAAF! PEMBANGKANG ADA BUAT?JAUH SEKALI!!!


"Bismillah.

Astaghfirullah wa atubu ilaik. Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Mu". Itu lah baris pertama nukilan Abu Abdillah Riduan Khairi di atas status facebook beliau yang didakwa membanding pihak yang mendapat subsidi kerajaan dengan "babi". Dan kenyataan di facebook itu turut dikongsi oleh Abu Aqif Studio.

Malang sekali status facebook tersebut disalahtafsir oleh beberapa pihak. Namun apa harus dipuji adalah tindakan beliau segera memohon maaf secara terbuka dan bertawaduk kepada Allah di atas tindakan tersebut. Manusia tidak pernah lari daripada kesilapan. Pengerusi ILMU, Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahya, juga telah menasihati beliau supaya tidak mengulanginya.

Namun, teman ingin bertanya, pernahkah facebooker atau blogger yang pro Pakatan Rakyat memohon maaf dan bertawaduk kepada Allah di atas fitnah dan cacian serta gelaran kepada individu-individu tertentu yang dibuat selama ini. Bahkan mengelar dengan beberapa pemimpin-pemimpin yang bukan sehaluan dengan mereka dengan nama-nama yang menjijikkan waima dengan babi sekali pun. 

Adakah pembaca ingat apabila ada pemimpin PAS yang mengelarkan penerima BR1M sebagai binatang? Adakah beliau pernah memohon secara terbuka? Tidakkah itu penghinaan secara terus kepada rakyat yang menerima subsidi? 

Kenapa pula hamba Allah ini sedikit terkhilaf terus dihentam bagai sebagai dosa besar yang tiada ampunnya. Adakah kerana hamba Allah ini ahli ILMU, oleh kerana beliau pro-Kerajaan maka beliau melakukan salah yang besar? Adakah pemimpin PAS yang mengelar penerima BR1M sebagai binatang tidak SALAH?

Mengapa ketika isu Alvivi yang menghina Islam dengan "babi", berdiam diri dan tidak bercakap sepatah pun? Malah memberi alasan-alasan tidak munasabah bagi menghalalkan perbuatan dan penghinaan Alvivi terhadap Islam!

Cuba fikir secara matang dan rasional! Jangan hipokrit dan jadi seperti khawarij! Ingatlah! Setiap manusia adalah kelemahan waima siapa pun. Jangan jadikan seorang hamba Allah yang telah melakukan sekali kesilapan akan melakukan kesilapan buat selama-lamanya. Malah dek kerana kesilapan itu menjadi pengajaran berguna kepada hamba Allah ini dan lebih bertakwa dan tawaduk kepada Allah.


Sekretariat Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta isu status Facebook yang membandingkan pihak yang mendapat subsidi daripada kerajaan dengan babi, yang ditulis oleh seorang ahlinya tidak dibangkitkan lagi.

Pengerusinya, Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, beliau sudah menegur penulis status itu, Abu Abdillah Riduan Khairi serta bertanya apa kewajaran untuk dia menggunakan perbandingan tersebut.

"Walaupun dia ahli ILMU tapi status itu tidak ada kena mengena dengan kita (ILMU). Kita pun tidak setuju dia gunakan istilah itu (babi) untuk dibandingkan dengan manusia. Saya sendiri sudah tegur dia," katanya, semalam.

Ditanya apakah status berkenaan bermaksud untuk menyokong kenyataannya sebelum ini yang mengatakan dalam sistem pemerintahan Islam tidak ada subsidi yang perlu dikeluarkan oleh pemerintah kepada rakyat, Fathul Bari berkata: "Ya!"

"Apa yang saya maksudkan adalah tidak ada subsidi pukal iaitu subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada semua peringkat dalam masyarakat secara pukal, tidak kira yang kaya atau miskin, semua dapat merasa subsidi, itu yang saya maksudkan tidak ada dalam Islam.

"Islam ada sistem zakat iaitu orang yang kaya atau berkemampuan, perlu keluarkan zakat untuk diberi kepada yang asnaf yang layak," katanya.

Ditanya lagi apakah kenyataan seperti perbandingan manusia dengan babi yang sememangnya kontroversi boleh mengundang padah yang buruk kepada ILMU dengan kedudukan mereka sebagai dalam kumpulan yang digelar ulama muda Umno, Fathul Bari yang akan bertanding merebut salah satu kerusi Exco Pemuda Umno mengakui perkara tersebut.

"Memang boleh menjejaskan dan boleh jadi masalah tapi seperti saya katakan, ini kenyataan peribadi Abu Abdillah Riduan Khairi, tiada kaitan dengan ILMU," katanya.

Fathul Bari sekali lagi minta masyarakat menghentikan polemik tentang perkara itu kerana penulis status berkenaan sudah memadamkan kenyataannya dan menggantikan dengan permintaan maaf.

“Saya sangat berharap, isu ini tidak berbangkit lagi setelah dia memohon maaf secara terbuka,” katanya. (Sinar Harian)

1 comment :

  1. perghhh apala Oztaz ni nama je Uztaz tapi dalam minta maaf pun ada silap lagi. Bila masa pulak Allah memberi watak buruk pada babi? Larangan makan daging babi adalah (sebab kotor). Larangan makan daging contohnya ayam pun ada kalau tak sembelih betul (jadi tak elok juga dagingnya). Babi busuk dan suka bekubang? itu watak yang baik untuk babi sebab ianya penting untuk kesejahteraan babi itu sendiri (Babi tidak berpeluh maka berkubang itu perlu untuk turunkan suhu badannya). Kalau babi tak berkubang dan wangi barulah babi itu berwatak buruk sebab berlawananan dengan fitrahnya.

    Babi makan makanan kotor dan najis? Baguslah babi buat cam itu. Syukurlah pada ALlah memberikan watak sebegini kepada babi sebagai agen pembersih dan pengimbang kitaran semula jadi. Kalau babi tu makan habbastus sawdah dan kismis doa serta minum air zam-zam barulah berwatak buruk sebab sudah lari fitrahnya babi dan juga air zam-zam itu untuk manusia.

    Allah tidak mencipta dan memberi watak buruk kepada makhluknya. Semua ciptaannya ialah murni dan penuh rahmah termasuklah babi. Watak buruk kepada babi hanya persepsi kita sahaja. Kalau ikutkan logik Ostad bidalan seperti membabi buta kera dapat bunga - kucing binatang kesayangan Nabi pun ada watak buruk jugaklah - MIANG KUCING? atau Buaya - buaya darat? atau badak - pekak badak? lembu - bodoh macam lembu? ayam - slanga untuk perempuan yang tidak berakhlak? unta ? satu lagi haiwan feberet nabi - cameltoe-- kalau tak paham cari sendiri maknanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...