Pages

Wednesday, 11 September 2013

HOT NEWS : Anggota Kumpulan 04 Antara Ditahan di Bukit Mertajam

Tiga anggota Kumpulan 04 antara enam orang yang ditahan di sebuah rumah di Machang Bubuk di sini awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Senior Asisten Mazlan Kesah berkata, kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 29 tahun termasuk seorang wanita ditahan kira-kira 5.40 pagi.

"Bertindak hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota JSJ Kontijen Pulau Pinang dan Daerah Seberang Perai Tengah menyerbu rumah berkenaan dan menahan enam orang itu.

"Hasil siasatan mendapati tiga daripada mereka merupakan anggota kongsi gelap Kumpulan 04," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis turut menemui selaras senapang palsu.

Mazlan berkata, pihak polis tidak menolak kemungkinan kesemua mereka terbabit dengan aktiviti jenayah.

Beberapa lagi anggota kumpulan berkenaan sedang dikesan, katanya.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...