Pages

Friday, 13 September 2013

BARU TAU LANGIT TINGGI KE RENDAH! MEMANG KAKI FITNAH!

Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin memohon maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi selepas Syarikat Boustead Holdings Berhad memfailkan saman fitnah terhadap beliau pada tahun 2011 dan menuntut ganti rugi sebanyak RM 1 juta.

Permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi berhubung kenyataannya mengenai projek tebus guna tanah oleh syarikat itu. Sewajarnya Syarikat Boustead Holding Berhad meneruskan saman dan ganti rugi supaya dapat memberi pengajaran kepada ahli-ahli politik Pakatan Rakyat. Selagi dibiarkan, selagi itulah berleluasa fitnah terhadap agensi dan GLC kerajaan BN. Niat mereka hanya untuk meraih simpati undi untuk rakyat percaya terhadap kepincangan dan salahguna kuasa pemimpin BN.

Kerosakan telah pun berlaku. Sebahagian daripada rakyat sudah percaya kepada tuduhan tersebut adalah benar-benar berlaku. Sekadar permohonan maaf adalah tidak mencukupi. Kita sering memberi kemaafan kepada mereka-mereka ini sebaliknya mereka akan terus menyaman hingga berjuta-juta demi mencapai hasrat membunuh kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN.

Namun keputusan adalah tertakluk kepada yang kena fitnah jua..

2 comments :

  1. Ini memang permainan puak-puak Pembangkang Bro.. Didepan rakyat betul-betul tunjuk berani.. macam tak ada sesiapa dapat menghalang dia.. Tapi disebaliknya takut macam tikus... hahahahah.

    ReplyDelete
  2. Minta tolong linkkan

    http://lesungbesi.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...