Pages

Wednesday, 18 September 2013

WAJIB BACA! CONTOH MELAYU JADI BARUA!

Jika disingkap kembali bagaimana negara kita boleh dijajah, adalah satu sebabnya kerana ada dikalangan Melayu yang menjadi "barua-barua" penjajah. Tidak kira samada pada zaman kegemilangan Melaka hinggalah penjajahan Jepun dan British. Barua-barua inilah yang merosakkan negara yang dianggap sebagai hero dan hebat kepada sesetengah pihak. Setiap kata dan hujahnya menyakin pendengar seperti penglipur lara sedang mendendangkan cerita dan pujangga hebat hingga pendengar tidur lena. 

"Pisang tidak akan berbuah dua kali", pepatah Melayu yang mungkin yang tidak boleh diguna pakai lagi. Sejarah telah membukti negara kita telah dijajah oleh berbagai negara samada dari barat ataupun timur. Mengapa? Kerana Melayu yang menjadi barua-barua inilah penyebabnya. Dek kerana habuan wang ringgit dan jawatan dunia yang sementara, sanggup menggadaikan maruah dan negara. Dengan slogan berbagai versi, barua-barua ini menjadi penglipur lara merantau ke pelusuk negara dan medium elektronik menjaja cerita demi pejuangan suci murni. Ada pendengar yang terlena dek buaian cerita "suci" namun tanpa sedar terpedaya dengan tipu helah penglipur lara yang sedang menggadai negara.

Panjang betul pembuka kata, tetapi kerana hati  teman yang kecewa dek kerana sikap segelintir orang Melayu yang menjadi barua-barua ini. Antara contoh yang terbaru yang ingin  teman kongsi kisah seorang yang berjawatan CEO di IDEA, Wan Saiful Wan Jan membuat kenyataan "barua" seperti budak sekolah yang tidak mengkaji sejarah. Kenyataan beliau amat dangkal walaupun beliau seorang yang terpelajar, mungkin hasil didikan "Bang Nuar", beliau jadi begitu.

Kenyataan beliau di FreeMalaysiaToday bertajuk "Bumi Agenda against 1Malaysia" merujuk kepada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MPEB) yang telah dilancarkan pada Sabtu lalu. Kenyataan beliau Najib telah hilang  arah dan boleh membuat perbezaan antara kaum dan meluaskan jurang antara kaya dan miskin. Beliau menambah, dengan adanya dasar ini ( MPEB) tidak ada lagi semangat 1Malaysia dan orang Melayu dipertahankan sebagai kumpulan yang istimewa.

Wah! Sedapnya cerita penglipur lara seekor Melayu yang jadi barua ini. Boleh terlena mendengar cerita pujangga hebatnya, namun sayang, sekadar menjadi barua tetapi gagal menyelami hakikat dan kenyataan sebenar. Jika setakat bercakap dan  duduk di kerusi empuk dan bilik berhawa dingin, baik tak payah. Jika tidak Bangsa Melayu sendiri yang membantu, siapa lagi? Bangsa Cina? Jika tidak parti yang bertunjangkan Melayu membantu Melayu, siapa lagi? Parti Bangsa Cina? Jauh panggang dari api!

Orang Melayu sememangnya golongan yang istimewa. Kenyataan yang tidak boleh disanggah dan telah termaktub dalam Perlembagaan. Sejauhmana kaya rayanya orang Melayu jika berbanding dengan orang bukan Melayu? Cuba buka minda berapa ramai orang Melayu dalam senarai 'The Forbes"? Berapa ramai pula bukan Melayu dalam senarai tersebut? Baca la sikit..Dr Google ada kalau sudah kedekut mahu membeli buku.

Semangat 1Malaysia yang bagaimana jika sekolah-sekolah kebangsaan vernikular (SRJK (C)/SRJK(T)) dipertahankan oleh kumpulan-kumpulan pendesak yang pro pembangkang yang Wan Saiful ini sokong. Tumbuh macam cendawan selepas hujan sejak merdeka lagi hingga berbagai tuntutan tak masuk akal. Mengapa Wan Saiful tidak menyebut pertumbuhan sekolah-sekolah vernikular ini merosakkan semangat 1Malaysia? Sekolah-sekolah ini harus  juga dihapuskan kerana merosakkan perpaduan kaum dan semangat 1Malaysia? Ada berani?

Jangan melihat sebelah mata, jika ada kelemahan bangsa lain. Jangan berani menjatuhkan bangsa sendiri tetapi "kecut biji telor" seperti terkena "mempasang" bila bercakap tentang bangsa lain! Banyak lagi yang ingin diungkap kepada barua ini, tetapi cukuplah setakat ini.

1 comment :

  1. Sekolah vernakular melahirkan racist, sejak kecil diasingkan dan tiada integrasi kaum. Wan Seful ni budak hingusan yg lupa jatidiri.Hapus kan sekolah berasakan bangsa!!!Di indonesia cina nya boleh bercakap dlm slang yg baik compared to msian Chinese yg cakapnya toggang langgang, termasuklah yg dah tua bangka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...