Pages

Friday, 13 September 2013

APAKAH HUKUMAN KEPADA ORANG YANG SEBEGINI? TAK ADA PUN!

Apakah petikan Twitter memaparkan beberapa orang rakyat Malaysia dari kaum India mempersoalkan cara Polis menguruskan jenayah kongsi gelap mencerminkan pandangan majoriti kaum India atau segelintir sahaja?

Pandangan ini terpaksa diutarakan kerana isu penjenayah kaum India ditembak sering kali dijadikan isu biarpun nyata sekali semua mereka ini merupakan penjenayah tegar yang tidak pernah disangkal.

Lihat sahaja beberapa kes penjenayah Kaum India ditembak atau mati dalam tahanan Polis, akan ada sekumpulan golongan terpelajar daripada kaum tersebut yang melaungkan kata-kata berunsur perkauman dan menghasut anak-anak muda kaum India yang tidak memahami selok belok dunia kongsi gelap dan politik busuk negara ini membenci Polis.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi telah pun mengingatkan bekas pemimpin Hindraf yang sekarang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar tidak masuk campur alam urusan Polis.

Apakah usaha membanteras jenayah harus mengambil kira statistik kaum? Mereka yang mempersoalkan penjenayah kaum India ditembak mati apakah berniat murni demi kaum India atau mempunyai agenda sebalik tabir?

Jika mereka berniat murni mahu menjaga kepentingan kaum India sudah tentu mereka menasihati belia kaum India menjauhi dunia kongsi gelap, ikut undang-undang dan elak berkonfrontasi dengan pihak berkuasa.

Sebaliknya mereka ini menghasut belia kaum India agar membenci pihak Polis dan kerajaan kononnya kerajaan sengaja menembak mati penjenayah kaum India.

Mereka ini jika sayang kepada kaum India sepatutnya mengajar remaja membenci penjenayah, benci kekerasan dan mengingatkan bahaya memiliki senjata secara haram. Sepatutnya mereka mengutuk penjenayah kaum India yang memiliki senjata api, menentang polis dan apa sahaja undang-undang sebagai memalukan kaum India. Ini tidak mereka sekarang menjadi pembela penjenayah kaum India.

Kita tidak mahu Polis menembak, membelasah atau mengasari sesiapa sahaja rakyat yang patuh kepada undang-undang sama ada Melayu, Cina dan India.

Namun kita tidak boleh bertolak ansur dengan penjenayah terutamanya yang memiliki senjata api biar apa jenis bangsa pun dia.

Apakah kaum India mengharapkan layanan istimewa daripada Polis ke atas penjenayah kongsi gelap dari kaum mereka hanya kerana mereka kuat memekik dan menyalahkan kerajaan?

Di mana mereka ini ketika dua lelaki India menetak tangan seorang pegawai Tenaga Nasional Berhad yang menjalankan tugas?

Banyak lagi kes jenayah kejam dilakukan oleh kaum india akibat dilindungi oleh kongsi gelap dan pengaruh filem tamil. Apakah kaum India berharap Polis kena tembak dahulu baru boleh menembak penjenayah?

Jika tidak mahu kaum India atau apa sahaja kaum kena tembak, jangan buat jenayah, jangan bawa senjata api, jangan lari apabila ditahan Polis. Jika sebaliknya, sama ada anda kaum India atau bukan, anda akan mendapat layanan yang sama dalam SOP – standard operating procedure – Polis.

Mykmu.net

1 comment :

  1. Orang ada kaitan dengan pesalah sahaja yang membela pesalah.kalau tak bersalah jangan ada perasaan takut,tugas polis bukan pembunuh upahan membunuh membabi buta.berfikir secara rasional bagaimana nak selesai kes jenayah.kes sebelum ini banyak india ditembak pembunuh upahan tak pula komen.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...