Pages

Monday, 23 September 2013

Adakah Chin Peng Merupakan Seorang Pejuang Negara ?

Pandangan SYA Mengenai Isu Chin Peng
Isu ini sebenarnya merupakan satu isu yang amat sensitif. Oleh itu , diharapkan para pembaca dapat membaca dengan pemikiran yang rasional dan tenang.

Ramai yang suka memetik sesuatu tindakan dan perjuangan tanpa melihat kepada objektif perjuangan tersebut.Saya hendak mulakan dengan satu analogi yang cukup mudah dan walaupun ada persamaan maka kita akan melihat mula perbezaannya.

1. Ah Chong membunuh Toshiba kerana hendak membalas dendam
2. Ah Chong membunuh Toshiba kerana hendak mempertahankan dirinya
3. Ah Chong membunuh Toshiba kerana hendak mendapat kuasa
4. Ah Chong membunuh Toshiba kerana hendak melindungi keluarganya

Persamaan di atas Ah Chong adalah seorang pembunuh dan hanya kerana apa yang membezakan pembunuhan beliau sah atau tidak.

Dalam isu Chin Peng , PAS  Muhammad Sabu , PKR Tien Chua dan Pemimpin DAP yang lain terus mengatakan Chin Peng adalah pejuang negara hanya berlandaskan kepada frasa pertama iaitu Chin Peng berjuang menentang penjajahan dan kezaliman Jepun. Namun begitu , untuk mengatakan Chin Peng adalah Pejuang Negara atau tidak perlu berlandaskan kepada konsep frasa kedua iaitu demi apa dan mengapa ?

Pada tahun 1937 Chin Peng menyertai gerakan AEBUS dan seorang penyokong kuat Sun Yat Sen di negara China dan pada tahun 1939 beliau sebenarnya hendak ke Yunnan ( China ) untuk menyertai perjuangan politik di negara China. Namun begitu , Chin Peng disarankan oleh pemimpin komunis di China untuk terus berada di Tanah Melayu untuk menguatkan penyebaran ideologi komunisme . Chin Peng pada awalnya hendak membantu negara China untuk menentang Jepun di China . Oleh itu , apabila dinasihatkan untuk terus berada di Tanah Melayu  dan Jepun pula menjajah kita pada ketika itu maka Chin Peng mengambil peluang tersebut untuk bangkit menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Oleh itu , Chin Peng menentang Jepun kerana beliau menyokong perjuangan komunis dan membenci serangan Jepun terhadap negara Cina adalah satu kebenaran. Jika hendak katakan Chin Peng menyerang Jepun demi Tanah Melayu maka setakat ini masih ada hujah sejarah yang tepat untuk membuktikkannya. Namun begitu , perjuangan Chin Peng pernah membantu Tanah Melayu maka frasa ini masih lagi tepat pada tempatnya. Kita perlu ingat Jepun menyerah kalah bukan disebabkan kekuatan Chin Peng tetapi pada tahun 1945 Jepun menyerah kalah disebabkan oleh bom di Hiroshima dan Nagasaki oleh pihak Amerika Syarikat. Sekirannya dengan mudah mengatakan Chin Peng adalah pejuang negara maka bukankah dalam isu ini Amerika Syarikat juga pejuang negara ? Atau sebenarnya kebetulan ? Kalau kebetulan maka adakah Chin Peng benar – benar merupakan seorang pejuang negara ? Tapi kalau hendak katakan sumbangan dan jasa Chin Peng membantu dalam menyerang Jepun maka kenyataan ini masih lagi adil pada tempatnya.

Namun begitu , mengapa pula selepas Malaysia sudah MERDEKA pada tahun 1957 dan Chin Peng masih lagi meneruskan pemberotankan bersejatanya sehingga tahun 1989 ? Jika sebelum ini Chin Peng berjuang dengan membebaskan negara Malaysia daripada Jepun mahupun British dan mengapa pula selepas itu menyerang penduduk tempatan , pihak polis dan tentera dan rakyat Malaysia  ? Adakah tindakan serangan ini benar – benar demi membebaskan Malaysia daripada penjajah ataupun untuk berkuasa ?

Kalau ada hujah sekali yang bernas dan tepat mengatakan Chin Peng adalah pejuang negara kerana melihat jasanya menentang Jepun dan British maka mungkin juga ada kebenarannya.

Namun begitu , frasa yang lebih tepat untuk menggambarkan keseluruhan rentetan peristawa dan sejarah yang sebenar. Keadaan ini bermaksud Chin Peng Pernah Menjadi Seorang Wira dan Pejuang Negara ( apabila menentang Jepun dan British ) tetapi mula mengkhianati negara selepas itu.

Dalam bahasa English CHIN PENG USE TO BE A NATIONAL HERO BUT LATER ON A TRAITOR .

Saya rasa frasa saya lebih adil. Saya tidak mahu meluputkan jasa Chin Peng pada awalnya namun sejarah bukan sahaja boleh kita main pilih dengan suka – suka dan dijadikan hujah. Kita perlu melihat keseluruhan jangka masa itu.

Sebagai contohnya , pada hari ini saya sangat baik terhadap keluarga anda dan selalu membantu keluarga anda. Keadaan ini bermakna saya sangat berbudi kepada keluarga anda. Namun begitu , tiba – tiba saya pula akhirnnya membunuh seluruh keluarga anda maka adakah hanya disebabkan saya pernah membantu dan berbudi terhadap keluarga anda maka saya boleh membunuh keluarga anda dengan sesuka hati ?

Apa frasanya ? DIA  Pernah Berbudi kepada Keluarga Saya namun Akhirnya Beliau Khianat.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...