Pages

Tuesday, 27 August 2013

MEMANG PATUT : Majalah Mangga Di Fatwakan Haram

Majalah hiburan Mangga kini difatwakan haram. Pada teman bukan sahaja Majalah Mangga sahaja namun masih banyak majalah-majalah hiburan lain yang memaparkan artis-artis yang tak cukup kain. Tidak ketinggalan juga yang tersiar di media-media elektronik.  Negeri-negeri lain sewajarnya melakukan tindakan yang sama.

Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman kini telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya adalah haram dibaca dan dilihat.

Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:

“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.”

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...