Pages

Thursday, 1 August 2013

Islam Dihina Bagai Tong Sampah! Hanya Berlaku Di Malaysia

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, masihkah Islam menjadi agama rasmi di Malaysia? Satu persoalan yang sering bermain di kepala dan benak hati umat Islam di Malaysia memandangkan agama Islam begitu mudah dihina dan dicaci bagai tiada halangan.

Kekecewaan umat Islam khususnya di Malaysia lagi bertambah apabila hinaan dan cacian terhadap agama Islam menjadi VIRAL dan VIRUS di media-media sosial, seolah-olah sudah menjadi biasa. Pihak penguatkuasa dilihat masih lemah menguatkuasakan undang-undang dan keputusan yang berubah-ubah mengikut keadaan dan semasa. Bak kata pepatah, sekali air bah , sekali pantai berubah. Sekali kena herdik, terus berubah keputusan. Sekali ditegur, terus boleh diikat jamin.

Malang sungguh bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam kerana agama sendiri dihina dan dicaci tanpa diambil tindakan oleh pemimpin dan penguatkuasa undang-undang. LEBIH HINA, apabila pemimpin Islam sendiri berdiam diri kerana takut kehilangan jawatan dan kuasa demi meraih undi bukan Islam yang terang-terangan memerangi Islam.

Jangan dibiar viral dan virus ini menjadi lebih parah! Jika pemimpin dan penguatkuasa masih lagi berdiam diri dan gagal untuk mempertahankan Islam daripada dihina dan dicaci, serta undang-undang gagal mencegahnya, maka tidak hairanlah jika rakyat akan memberontak dalam diam dan tidak mustahil akan ada satu gerakan bawah tanah bergerak "membunuh" karektor-karektor pemimpin Islam yang gagal. DAN jangan terkejut apabila "gerakan" ini nanti akan menghukum menggunakan undang-undang sendiri kepada penghina dan pencaci agama Islam itu.

Sejarah mengajar kita. Pilihan masih ditangan kita sebagai rakyat Malaysia.

#KalahTakSemestiGagal

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...