Pages

Monday, 19 August 2013

Apa Yang Patut Anda Tahu Tentang Syiah Laknatullah!

Suka atau tidak, kita kena mengakui bahawa perkembangan Syiah di negara ini semakin membarah dan memerlukan satu tindakan yang tegas oleh pihak berkuasa. Sejak Revolusi Iran 1979, pengaruhnya menjalar ke seluruh dunia. Apa yang kita lihat di Lebanon, Iraq, Syria, Bahrain dan banyak tempat ia membawa pertempuran yang dahsyat dan menyebabkan negara-negara Islam menghadapi pertikaian yang panjang.

Isu Syiah di negara ini bukanlah bukan satu perkembangan baru kerana menurut data yang diperoleh, fahaman ini telah aktif sejak lebih 10 tahun dahulu, namun kebelakangan ini ia dilihat semakin meningkat.

Mungkin dari satu segi ada yang merasakan, Syiah bukanlah satu masalah yang meruncing dan memerlukan satu tindakan yang drastik. Namun tanpa di sedari bahaya fahaman ini adalah merupakan satu ancaman yang boleh menjahanamkan sesebuah negara.

Pertembungan dua fahaman bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan tetapi ia juga mampu mencetuskan bahaya dalam kalangan ummah. Situasi ini tidak boleh dipandang remeh, kerana semua pihak bertanggungjawab khususnya pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang aktif dalam mengekang fahaman ini dari menular.

Secara dasarnya, Syi’ah bukanlah merupakan satu mazhab baru sebagaimana yang didakwa, ia secara keseluruhannya adalah merupakan ajaran baru yang jauh daripada Islam dari sudut aqidah dan ibadah. Mereka mengaburi mata umat Islam dengan mengatakan mereka sebahagian daripada Islam melalui dua pendekatan utama iaitu “Taqiyyah” yang bermaksud berpura-pura dengan fahaman Syi’ah, dan yang kedua seruan cinta kepada keluarga Rasulullah (Ahli Bait).

Sejarah telah membuktikan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam di zaman permulaan Islam adalah disebabkan fitnah yang dicetuskan oleh pengikut fahaman berkenaan. Terlalu banyak catatan mengenainya dalam sejarah Islam antaranya gerakan Ibnu Saba’ (seorang Yahudi)  yang mencetuskan huru-hara di zaman pemerintahan Saidina Uthman termasuk perang saudara, Peperangan Jamal, Siffin dan sebagainya.

Pada tahun 1175 Hijrah, Najaf Ali Khan pemimpin Syiah yang menguasai Delhi masa itu pernah menghukum Syah Waliyullah dengan merenggangkan pergelangan tangannya kerana mengarang kitab ‘Izalatu al-Khafa’ bagi mengatasi kekeliruan yang ditimbulkan oleh Syiah tentang Khilafah para Khulafa Ar-Rasyidin.

Melalui kajian ilmu, didapati Syiah merupakan golongan yang sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Terdapat tiga kategori golongan Syiah iaitu: Syiah mughaliyah (pelampau), Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah Mu’tadilah (Zaidiyah).

Daripada tiga golongan Syiah ini, Syiah Rafidah atau Imamiyah merupakan golongan yang paling dominan dan berkembang dalam dunia pada hari ini. Mereka merupakan majoriti Syiah yang mengatakan imamnya Ali adalah dengan nas, Ali telah menaskan imamah anaknya Hassan manakala Hassan telah menaskan imamah saudaranya Hussein.

Begitulah seterusnya imamah itu berpindah dengan nas kepada anak-anak Hussein sehinggalah kepada Muhammad bin Hassan al-Askari yang pada pendapat mereka dia ghaib semasa kecil dan akan muncul sebagai Imam Mahdi pada akhir zaman dengan membawa kebenaran dan keadilan.

Mereka dikenali dengan Syiah Imamiyah kerana pegangan mereka kepada 12 imam yang dianggap sebagai maksum (bebas daripada segala dosa dan kesalahan).  Mereka ini juga dinamakan golongan Rafidah kerana mereka menolak imamah Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Uthman Affan dengan hujah bahawa Nabi Muhammad SAW mewasiatkan kepada Ali sebagai khalifah selepasnya.

Namun disebabkan kejahilan masyarakat tentang fahaman ini, ia telah digunakan sepenuhnya oleh gerakan Syiah untuk menyeludup masuk ke dalam masyarakat Malaysia. Dan yang paling membimbangkan ia dilihat semakin menular di kalangan orang muda dan mahasiswa terutama IPT.

Kewujudan fahaman Syi’ah di IPT boleh dibahagikan kepada dua. Golongan pertama dikenali sebagai Ahli Gerakan Syi’ah. Golongan ini bergerak dan berusaha keras untuk merekrut mahasiswa-mahasiswi di IPT. Ia dilakukan melalui usaha propaganda menyeleweng mereka melalui edaran risalah, laman sosial dan menyelinap masuk ke gerakan mahasiswa massa. Khalid Ismath sebagai contoh adalah merupakan ciri-ciri golongan pertama yang menyesatkan ini.

Golongan kedua adalah golongan yang terpengaruh dengan fahaman Syi’ah berpunca dari kejahilan dan kurang pengetahuan berkenaan kesesatan ini. Golongan ini mudah terpengaruh kerana digembar-gemburkan dengan fitnah kononnya Syiah hanyalah salah satu mazhab.

Semua pihak perlu jelas bahawa Syi’ah adalah ajaran sesat dan bukanlah sebahagian daripada Islam. Syi’ah menerusi ajaran dan kitab-kitabnya mengajar mencela sahabat Rasulullah SAW, menggalakkan perkahwinan “Mut’ah” ala-ala pelacuran, menyambut hari Karbala dengan mencederakan diri sendiri, dan adakah ini semua sebahagian daripada Islam?

Menurut sumber juga fahaman ini telah dikesan menular masuk di kebanyakan IPT melalui pensyarah, mahasiswa dan para peniaga warganegara Iran yang kemudiannya menjalankan usaha dakyah mereka. Usaha ini dilihat memberikan inspirasi kepada warga tempatan yang berfahaman Syi’ah untuk turut terlibat dalam menyebarkan fahaman ini. Sebagai contoh dakyah mereka melalui risalah produk Air Mineral ECPI yang ditulis di dalam bahasa Melayu telah dikesan pengedarannya secara meluas di kebanyakan IPT.

Oleh yang demikian, pihak kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab perlu memikirkan kaedah yang terbaik bagi mengelakkan perkara ini dari terus merebak. Cukuplah dengan segelintir anak-anak muda yang telah semakin terpengaruh dengan budaya dan ideologi songsang pembangkang. Kerana tanpa sebarang pengawalan yang berkesan, adalah tidak mustahil suatu hari nanti, negara ini ditadbir oleh mereka-mereka yang telah rosak akidahnya ekoran fahaman ini.

Suara Generasi Baru

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...