Pages

Friday, 19 July 2013

PANAS! Abby Abadi Dapat Pucuk Muda!

Tahniah kepada Ustazah Mee Segera PAS, Abby Abadi telah bergelar sebagai isteri semula. Difahamkan Abby Abadi dapat "pucuk muda", maklum  la, Abby Abadi apa kurangnya, masih bergetah lagi. Harap-harap selepas berkahwin baru ini, kurangkanlah sikit fitnah seranah tu. Dosa tau!

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Abby atau nama sebenarnya,  Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.

"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.

“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.

"Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...