Pages

Thursday, 4 July 2013

APA DIA???? Khairy Jamaluddin Kena Naya ??? Biar Betul!!!

Tidak dinafikan sejak YB Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan yang baru, terdapat suara-suara sumbang mula memainkan isu-isu yang tidak sedap didengar. Ada kalanya agak keterlaluan tuduhan melulu kepada seorang pemimpin orang muda yang baru memegang jawatan belum pun 100 hari. Sememangnya karisma kepimpinan YB Khairy Jamaluddin mula mendapat perhatian positif daripada pemimpin-pemimpin politik, maka tidak hairanlah jika ada yang "sedikit iri hati' dengan kemampuan beliau menerajui sebuah kementerian.

Pemimpin muda ini yang sentiasa "cool" sering mendapat respon positif daripada anak-anak muda sejak beliau menduduki kerusi Menteri Belia dan Sukan. Ketenangan pemimpin muda ini dapat dilihat dalam menjawab apa-apa jua persoalan-persoalan dan isu-isu yang timbul malah tuduhan-tuduhan nakal terhadap beliau.

Terbaru, YB Khairy Jamaluddin didakwa membatalkan Program Bicara Wawasan bersama Tun Dr Mahathir namun ditangkis dengan mudah dan tenang oleh beliau. Jelas, niat sebenar dakwaan tersebut hanyalah untuk melaga-lagakan beliau dengan negarawan hebat. Tuduhan nakal ini yang memetik daripada "sumber-sumber" yang mungkin diragui kesahihannya. YB Khairy Jamaluddin telah pun menjawab di facebook beliau terhadap tuduhan-tuduhan tersebut

Walaupun begitu, teman rasa tidak perlu kita menuding jari kepada sesiapa untuk mencari kesalahan dan kepincangan. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih. Lebih baik kita bersatu dan bergandingan tangan membina kejayaan pembangunan belia dan negara yang tercinta.

#IniKhairyLah

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...