Pages

Wednesday, 31 July 2013

Ketua Syiah Cabar Kerajaan Tangkap Penganut Syiah Kalau Berani!


Pembikinan dan penguatkuasaan Undang-Undang di Malaysia bagaikan  main sedap dimulut dan ditulis termasuk undang-undang Syariah. Jika rasa mahu dibuat undang-undang tersebut, maka terjadi lah ia. Jika rasa mahu dibuang, maka terbuang lah ia. Jika rasa mahu diubah, maka berubah lah ia.  

Apa yang lebih menakjubkan, undang-undang di Malaysia boleh berubah mengikut slogan-slogan tertentu khususnya yang lebih popular sekarang ini, "TRANSFORMASI". Maka "TRANSFORMED" lah undang-undang tersebut hinggakan penjenayah atau pelaku tidak boleh didakwa langsung dengan alasan-alasan teknikal undang-undang hasil daripada "TRANSFORMASI" itu tadi.

Begitu mudah sesuatu undang-undang di Malaysia direka dan dibuang mengikut selera semasa hingga pelaku tidak akan didapati bersalah bahkan pengadu pula akan didapati bersalah hingga boleh dihukum mati. MUSTAJABNYA TRANSFORMASI 

Lebih menarik lagi apabila PeFITNAH dan penyebar fitnah tidak boleh didakwa kerana hanya pelaku tersebut adalah sebuah syarikat. "TAKJUBNYA TRANSFORMASI" (Jika anda ingin memfitnah, sila buka sebuah syarikat).

Begitu juga lah dengan kesalahan-kesalahan yang memang benar terbukti termasuk pengakuan pesalah secara terbuka, namun tiada penguatkuasaan atau dakwaan yang dapat dilakukan kerana adanya "UNDANG-UNDANG TRANSFORMASI". Menakjubkan! Contoh yang terbaru, sejauh mana penguatkuasaan Fatwa Anti-Syiah terhadap pelaku ini yang secara terang-terangan mengaku sebagai ketua Syiah. Adakah beliau boleh didakwa atau Fatwa Anti-Syiah hanya main sedap mulut sahaja ATAU hanya "FATWA TRANSFORMASI".

Pengikut fahaman Syiah di Kedah kecewa dengan tanggapan orang ramai bahawa mereka kafan jenazah menggunakan kain hitam dan kebumikan jenazah dalam keadaan berdiri.

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, Syiah di negara ini menguruskan jenazah pengikut mereka dengan baik, sama dengan cara dilakukan pengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Banyak jenazah telah diuruskan, sama ada daripada keluarga (berfahaman) Syiah atau mana-mana pihak yang mewasiatkan untuk mayat diuruskan mengikut (amalan) Syiah.

“Jenazah dikapankan dengan kain putih. Bezanya (dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah) ialah kain itu tertulis dengan doa-doa dan dibeli dari Iran," katanya.

Abdullah juga menafikan dakwaan bahawa Syiah pernah merampas jenazah untuk diuruskan pengebumian mengikut fahaman Syiah di Kuala Kedah.

Jelasnya, beliau mengambil jenazah seorang ahli Syiah dari Kuala Kedah untuk diuruskan mengikut fahaman Syiah kerana si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada beliau dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian ketika sedang sakit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Beliau juga sifatkan dakwaan ada kubur seorang wanita berfahaman Syiah di Kuala Rimau, Pendang, ghaib sebagai direka untuk disensasikan pihak tertentu. (Sinar Harian)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...