Pages

Saturday, 20 July 2013

GAMIS Bakal ‘Kecohkan’ PRK #KualaBesut

PAS memang dari dulu giat merekrut anak-anak muda di Universiti-Universiti untuk menjadi barisan hadapan parti tersebut, terutama dalam menjalankan ’kerja-kerja kotor’ yang tidak boleh dikesan semula kepada parti tersebut.
Ini semua orang tahu.
Bagi merealisasikan perkara tersebut, PAS menubuhkan banyak pertubuhan pelajar dengan pelbagai nama dan warna untuk diperalatkan bagi tujuan tersebut, pada masa yang sesuai.  Antara yang paling aktif ialah GAMIS atau Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung.
Khabar yang baru penulis terima, elemen-elemen mahasiswa yang ada kaitan dengan pertubuhan tersebut sudah mula turun secara beramai-ramai ke Kuala Besut hari ini (18 Julai) bagi ’menghangatkan’ kempen pilihanraya kecil Kuala Besut yang sedang berlangsung.
Antara tugasan yang dikhususkan untuk puak-puak ini adalah mencetus provokasi yang tujuannya untuk memburuk-burukkan imej UMNO/BN di mata rakyat.
Dikatakan dalam beberapa insiden dimana ‘pemuda UMNO’ melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh atau bergaduh, ia adalah simulasi yang sebenarnya dilakukan oleh puak-puak GAMIS ini.  Memang dalam simpanan mereka cukup semua, bendera BN, baju BN, apa nak cakap, semua ada.
Tujuannya begitulah, nak buat kecoh dan provok pihak yang satu lagi supaya bertindak balas.
Malah ada juga yang menyamar sebagai pelajar yang kononnya dihantar pihak Universiti untuk program anak angkat.  Cerita sebenarnya untuk mengambil peluang berada dalam keluarga tersebut dan menyebarkan faham politik yang cenderung kepada parti PAS dan sekutu-sekutu mereka.
Hakikat sebenarnya, perjalanan pilihanraya DUN Kuala Besut berjalan dengan begitu aman.  Kempen dilakukan dalam keadaan biasa, kalau ada yang luar biasa sikit (seperti memekik memekak di Bazar Ramadhan), itu adalah di lakukan oleh PAS sahaja.  Tapi secara keseluruhan kempen, aman.
Justeru, kalau berlaku kekecohan yang penulis bayangkan di atas selepas ini, ia adalah semata-mata dicetuskan oleh para provokator dari GAMIS ini.
Penulis harap rakyat disini tidak tertipu dengan helah puak-puak dari GAMIS ini andai mereka di datangi mereka untuk kononnya menjadi anak angkat.  Takde mananya nak jadi anak angkat, itu semua helah nak masuk rumah dan hasut keluarga tersebut untuk mengundi PAS

Credit : suaragenerasibaru.com

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...