Pages

Tuesday, 9 July 2013

DEDAH : Bukti Parti DAP Membiayai Gerakan Siber

Setelah kejayaan Gerakan Siber, Red Bean Army (RBA) menakluki minda dan persepsi pengundi dalam memberi kemenangan dan majoriti "luar biasa" kepada Pakatan Rakyat, sekali lagi satu gerakan secara terang-terangan telah diwujudkan. Gerakan yang dinamakan "Impian Malaysia' sedang merekrut keahlian melalui online yang telah dilancarkan oleh Penasihat Parti DAP Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Jika dilihat daripada aspek keuntungan Gerakan Siber RBA ini, Parti DAP adalah yang paling mendominasi kerusi dan majoriti "luar biasa" dalam Pilihanraya ke 13 yang lalu memandangkan keahlian RBA didakwa dianggotai oleh bangsa Cina. Prestasi Parti DAP meningkat dengan mendadak sekali berbandingan dengan Pilihanraya ke-12 dimana 29 kerusi Parlimen di PRU 12 kepada 38 kerusi Parlimen di PRU13 dan 80 kerusi DUN di PRU 12 kepada 95 kerusi DUN di PRU 13.

Maka tidak hairanlah gerakan yang seumpamanya diwujudkan dengan lebih sistematik dan terbuka dibuat oleh Parti DAP. Pengwujudan gerakan ini hanyalah sebagai "rebranding" bagi mengaburi dakwaan penglibatan Parti DAP dalam membiayai RBA. Teman percaya, keahlian "Impian Malaysia" yang didakwa terbuka kepada semua bangsa dan kaum ini adalah retorik dan gimik semata-mata, namun apa yang pasti, penglibatan 100 peratus bangsa Cina semasa pelancarannya adalah nyata.

Semua kemungkinan akan berlaku dalam Pra- Pilihanraya ke 14 andaikata pihak berkuasa masih gagal mengesan dan mengambil tindakan terhadap Red Bean Army (RBA) mengikut undang-undang yang sedia ada. Tidak mustahil Gerakan "Impian Malaysia" ini akan menjadi lebih dasyat daripada RBA. Sama-samalah kita saksikan nanti bagaimana mainan minda dan persepsi serta fitnah berleluasa kerana mereka ini kebal daripada undang-undang Malaysia.

Bak kata pepatah, "Sebelum nasi menjadi bubur".

#RakyatKecewa

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...