Pages

Thursday, 4 July 2013

BREAKING NEWS! Muallaf Merayu Untuk Murtad Melalui DAP?

Mengapa harus jadi begini? Tidak adakah kaedah lain atau ini hanya helah politik demi kepentingan parti tertentu. Amat malang bagi orang Islam yang sering diambil kesempatan oleh golongan-golongan yang berkepentingan. Inilah akibatnya apabila hero-hero politik yang beragama Islam gagal menjadi penyelamat demi menjaga kantung dan poket sendiri.

Kisah terjadi seorang bakal ibu yang muallaf, Siti Mariana Abdullah yang digunakan oleh parti politik untuk memurtadkan beliau. Hak asasi dan kebebasan beragama dijadikan asas dan landasan oleh Ahli Politik DAP kafir untuk memurtadkan seorang muallaf yang mungkin telah hilang pegangan kerana tiada bimbingan yang betul. Ahli Politik DAP ini dengan bangganya mengatakan bahawa beliau akan mengendalikan 5 kes lagi seperti ini. 

Islam bagai dirobek dan dilangkah macam mayat hidup oleh golongan-golongan kafir laknat ini. 

Dimanakah parti sekutu DAP yang mendakwa memperjuangkan Islam? Jika dilihat semasa berkempen, Parti PAS berdegar-degar ingin melaksanakan undang-undang Islam, mendakwa memelihara agama Islam namun gagal menghalang rakan sekutu memurtadkan seorang Islam yang lain. 

Apa yang orang Islam boleh buat? Tiada apa-apa yang dapat dilakukan kerana pemimpin politik mementingkan undi dan poket sendiri daripada memelihara kedaulatan Islam.

Apa yang boleh dilakukan teman sebagai rakyat biasa, hanya mampu berdoa semoga Allah membukakan hati muallaf ini kembali ke pangkal jalan dan bertemu hidayah Islam semula.

Baca laporan berita ini daripada Kuala Lumpur Post:

SEREMBAN – Seorang bakal ibu Siti Mariana Abdullah, 24, yang akan melahirkan anak sulung dalam tempoh empat bulan lagi, merayu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI) Negeri Sembilan agar beliau dibenarkan keluar dari agama Islam. Nama asal beliau ialah N Santhi ketika beragama Hindu.  Beliau menceritakan kronologi di sidang akhbar yang diatur oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senawang, P Gunasekaran (DAP). Siti Mariana menceritakan bagaimana keretakan dan kerenggangan hubungan antara ibubapa menyebabkan ibubapanya berpisah di mana ibu Siti Mariana telah meninggalkan bapa beliau dan berkahwin dengan seorang lelaki Islam sepuluh tahun lepas. “Ketika itu saya berumur 14 tahun dan saya dibawa bersama mengikut ibu. Bapa kandung pula patah hati dan selepas lebih kurang dua tahun, bapa kandung saya meninggal dunia. “Ketika berumur 15 tahun saya diislamkan secara paksa dan tanpa kerelaan hati. Saya hanya bersama ibu dan bapa tiri untuk tempoh yang singkat iaitu lebih kurang dua tahun dan saya kemudiannya keluar rumah meninggalkan ibubapa tersebut. “Saya mempunyai tujuh adik beradik iaitu empat perempuan dan tiga lelaki termasuk saya. Kesemua adik beradik saya beragama Hindu kecuali saya. Adat dan budaya “Setelah mengenali P Praganathan, 38, yang beragama Hindu dan dengan persetujuan pihak keluarga lelaki dan mengikut adat dan kebudayaan Hindu saya berkahwin dengannya lima tahun lepas. “Saya kemudiannya menjalani kehidupan sepenuhnya sebagai wanita Hindu dengan mengikut tatacara dan kebudayaan Hindu baik dari segi pakaian, sembahyang di kuil Hindu, memasak dan memakan makanan yang tidak halal, mengikat ‘thali’ di leher dan sebagainya seperti wanita Hindu yang lain. “Suami saya dan keluarga ibubapa mertua saya adalah golongan yang berpegang kuat dalam amalan Hindu dan memiliki kuil sendiri di rumah. “Saya benar-benar meminati agama Hindu dan ingin meneruskan kehidupan sebagai seorang wanita Hindu dan mengamalkan agama Hindu secara sukarela dan saya tidak mahu mengamalkan agama Islam yang bukan menjadi pilihan saya. “Justeru itu saya memohon agar JHEAI mempertimbangkan permohonan pengistiharan keluar dari agama Islam,” kata Siti Mariana. Siti Mariana juga mendakwa bahawa beliau kini berada dalam keadaan tertekan. Setelah disahkan mengandung, seorang doktor di Klinik Kesihatan Senawang memberitahu anak yang bakal beliau lahirkan nanti akan diambil oleh JHEAI kerana beliau mengamalkan agama Hindu.  Suaminya pula memang seorang penganut agama Hindu. “Malah nama suami saya juga telah dipotong dalam buku ‘Rekod Kesihatan Ibu,” jelas Siti Mariana. Sementara itu Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran yang turut hadir di dalam sidang akhbar itu berkata kerajaan harus tangani masalah ini dengan segera kerana ramai yang mengalami nasib yang serupa seperti dialami oleh Siti Mariana. “Persetujuan menukar agama perlu mendapat persetujuan kedua-dua ibubapa, barulah ianya pragmatik dan praktikal. Kedua, penukaran agama dalam kes ini membabitkan gadis yang berusia 16 tahun ketika itu. “Saya sendiri ada kendalikan sekurang-kurangnya lima kes seperti ini di Ipoh,” kata Kulasegaran yang juga merupakan seorang peguam. Turut hadir ialah tiga Adun DAP, Cha Kee Chin (Bukit Kepayang), Ng Chin Tsai (Temiang) dan J Arulkumar (Nilai). -FMT

#SemogaAllahMemberikanHidayah

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...