Pages

Friday, 7 June 2013

TERKINI 9.30 PAGI (JAMBATAN RUNTUH) : Satu Mangsa Disahkan Terperangkap

Sejak malam tadi berita Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh bertali arus, khususnya di media sosial. Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang (Pakej 3A "Batu Maung Interchange) yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira-kira 7.15 Khamis malam. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.

Pelbagai berita dan andaian mengata ada kenderaan dan mangsa yang terperangkap. Sehingga artikel ini ditulis pihak bomba dan penyelamat mengesahkan  seorang penunggang motosikal yang terperangkap di bawah runtuhan berjaya dibawa keluar dan seorang mangsa lagi masih terperangkap di dalam sebuah kereta Kelisa yang dikesan melalui peralatan kamera mencari dan menyelamat.

Begitu juga peperangan untuk mencari kesalahan dan menuding antara satu sama lain bermula serentak. Dipihak pembangkang sudah pastinya merujuk kepada kesalahan dibahu Kerajaan Pusat manakala sebahagian yang lain merujuk kepada Kontraktor yang bertanggungjawab. 

Secara ringkas, setiap pembinaan jambatan mempunyai 3 pakej. Dalam pakej ke -3 dipecahkan kepada 5 pakej, iaitu A, B, C, D, dan E. Cergas Murni Sdn Bhd menguruskan pembinaan di pakej 3A (Batu Maung Interchange). Pemilihan kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd dibuat oleh PDC. Pengerusi PDC pula ialah Ketua Menteri Pulau Pinang. (so be called "The Khalifah").

Namun, buat masa ini marilah kita tangguhkan sementara sengketa. Kita bersama-sama berdoa supaya mangsa-mangsa dapat diselamatkan walaupun apa pun bangsa dan anutan  agamanya. Perselisihan tidak akan dapat menyelamatkan mangsa. Berikan masa dan ruang kepada pasukan penyelamat membuat tindakan sewajarnya..Amin..


2 comments :

  1. kontraktor la yg salah..dorang yg buat kerja di lapangan...nak spesifik lagi..salah pekerja dan alatannya...mungkin cuai pasang dan bahan dah lusuh!!!

    ReplyDelete
  2. Betul ke PDC yg award? sejak bila pula PDC jd client utk pakej ni? setahu aku client adalah Jambatan Kedua Sdn Bhd...jangan malas membaca...boleh refer link bawah ni...

    https://www.cidb.gov.my/cidbweb/images/pdf/dpp/DPP%202010/Bhgn2Mei_2010.pdf

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...