Pages

Monday, 3 June 2013

HOT VIDEO! Air Asia Macam Harammm!!!

Belum reda kekejaman dan sikap tidak berperikemanusiaan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Air Asia meninggalkan penumpang seorang ibu dengan anaknya yang berumur 14 bulan di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam, dan kenyataan bercanggah Syarikat Penerbangan Tambah Murah Air Asia dengan mangsa, timbul pula isu diskriminasi dan sikap pilih kasih pengambilan pembantu juruterbang Air Asia baru-baru ini. 

Presiden Persatuan Belia Juruterbang Malaysia (MyPA), Tuan Ahmad Humaizi Tuan Muhammad Kamal mendakwa 30 juruterbang yang terpilih daripada pemilihan terakhir yang dijalankan lima daripadanya adalah anak kepada pegawai atasan Jabatan Penerbangan Komersial (DCA) malah seorang daripada calon yang terpilih tidak tersenarai dalam temuduga untuk menjalani pemilihan berjaya kepemilihan terakhir.

Bayangkan perbelanjaan untuk mengikuti latihan penerbangan mencecah RM250,000 dan  calon-calon terpaksa melalui tapisan temuduga yang ketat, alih-alih dalam diam main "orang dalam" hingga ada yang tidak tersenarai pun boleh terpilih.

Apa yang hendak dihairankan. Pada Air Asia, kepentingan perniagaan adalah diutamakan waima bagaimana sekalipun. Walaupun perlu mencampakkan penumpang daripada kapalterbang, mungkin itu jalan terbaik yang akan dilakukan demi menjaga kepentingan perniagaan.


Sesiapa yang sanggup berkongsi parti "pondan" Air Asia, maka merekalah yang akan mendapat tempat dan perhatian Air Asia. Sesiapa yang boleh bercium sesama lelaki dan lelaki boleh memakai pakaian wanita, maka merekalah yang menjadi idaman Air Asia. Malah, mana-mana Melayu yang boleh mencaci dan menghina sesama Melayu dan akhbar yang memperjuangkan Melayu, maka orang itulah akan diangkat menjadi hero Air Asia. Macam harammm...

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=7P_KjOq6yVs
Baca selanjutnya DISINI

#Gelinya





No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...