Pages

Saturday, 1 June 2013

HOT NEWS! Safwan Anang Desak Tangkap Semua Cybertrooper Pro BN?

Memang terbaik! Demontrasi "berjuta" Mahasiswa sewel di perkarangan Kementerian Dalam Negeri petang tadi sungguh memberi kesan kepada tindakan Kementerian Dalam Negeri. Desakan mahasiswa yang lahir tak cukup bulan ini dilayan seperti menatang minyak yang penuh.

Membiarkan kejadian seumpamanya seperti barah yang tiada penawarnya. Amaran adalah sesuatu yang biasa didengar hinggalah "kegagalan" BN mendapat majoriti 2/3 di Parlimen. Kepentingan politik menjadi keutamaan namun keharmonian negara menjadi mainan mimpi-mimpi indah rakyat bawahan.

Berbalik kepada desakan mahasiswa sewel, seorang demi seorang para Cybertrooper pro BN pula menjadi buruan Polis. Seorang demi seorang ditangkap. Seorang demi seorang masih menunggu giliran untuk diketuk pintu rumahnya. Pelik! Para Cybertrooper PR so called "Red Bean Army" masih bermaharajalela tidak pula menjadi buruan? Bukti dah nyata, namun dibiarkan seperti angin lalu. Demi menjaga hati pendemo-pendemo sewel,  demi menjaga hati Cina DAP, demi menjaga undi Cina, Pejuang Siber pro BN dijadikan mangsa yang rata-ratanya semua Melayu!

Kesilapan yang mustahil untuk dibetulkan!

#MenegurTidakBermaknaMenentang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...