Pages

Thursday, 20 June 2013

HOT NEWS : Pesuruhjaya RCI Sabah Lindungi ADUN Api Api

Semalam berlaku pergaduhan besar dalam pendengaran RCI berhubung isu pendatang di Sabah apabila pemimpin-pemimpin Suluk Sabah mendedahkan bahawa seorang ADUN Sabah dari Pakatan Rakyat dilahirkan di Indonesia.

Mohd Zaki Harry Susanto berkata, walaupun lahir di republik itu, Christina Liew  daripada PKR berjaya menjadi Wakil Rakyat Api-Api.
 
Mohd Zaki berkata, mereka mendapat maklumat daripada warganegara Indonesia di Tawau yang mengesahkan Liew seorang Cina Indonesia. Beliau mengetengahkan isu itu kerana hanya kumpulan Bajau dan Suluk disasarkan dalam RCI, jelasnya.
 
"Jangan hanya sasarkan satu atau dua kumpulan etnik sahaja," katanya lagi.
 
Bagaimanapun, seorang pesuruhjaya RCI Henry Chin berkata, beliau pasti Liew lahir di Tawau dan beliau mengetahuinya kerana menjadi Ketua Polis di daerah di Sabah itu pada masa itu.

Nampaknya berlaku "ketidakadilan" apabila Henry Chin seorang Cina Kristian yang seagama dengan Christina Liew atau nama Cina Indonesianya "Liew Chin Jin" mempertahankan Christina Liew. Walhal data yang kami dapati di atas Jelas dan Terang menunjukkan Christina Liew@Liew Chin Jin Bukan Dilahirkan di Sabah Malaysia.

CONFIRM CHRISTINA LIEW@LIEW CHIN JIN ADALAH CINA INDON
Data di atas jelas menunjukkan Christina Liew@Liew Chin Jin adalah Rakyat Negara Asing dan kemungkinan besar dia dilahirkan di Indonesia! Apakah Christina Liew@Liew Chin Jin adalah sebahagian daripada orang-orang Cina Indonesia yang dibawa masuk oleh "orang-orang tertentu" ataupun Christina Liew@Liew Chin Jin adalah orang Cina Indonesia yang melarikan diri dari Indonesia kerana peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Cina Indonesia di Indonesia!

RCI mesti berlaku adil dan kita mendesak Henry Chin meletak jawatan daripada Suruhanjaya RCI kerana cuba mempertashankan Christina Liew@Liew Chin Jin yang sememangnya Warga Kelahiran asing?

Sila kemukakan soalan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), apakah kod -71- untuk rakyat Malaysia atau rakyat asing yang dilahirkan di luar negara?

Dengan pendedahan ini, kita mendesak RCI supaya jangan terlalu Prejudis dan Prasangka buruk kepada orang Islam Bajau, Suluk, Bugis, Banjar, India Muslim dan sebagainya sebaliknya Cina-Cina dari negara Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Kanada, China, Filiphina dan sebagainya didiamkan dan disembunyikan!

Persoalan seterusnya, RCI mesti mendapatkan Maklumat lanjut di Department Kependudukan Indonesia (di Jakarta Pusat) apakah nama Indonesia Christina Liew@Liew Chin Jin di negara asalnya di Indonesia? Apakah harta-harta yang masih disimpannya di negara asalnya Indonesia? Berapa kalikah Chritisna Liew@ Liew Chin Jin berulang-alik dari Malaysia ke Indonesia setiap tahun? Apakah Christina Liew@Liew Chin Jin mempunyai ibu bapa, nenek, datuk, anak-anak atau keluarga Cinanya di Indonesia? Dan pelbagai soalan berkaitan? 

Terutama persoalan apakah Christina Liew@Liew Chin Jin memperolehi Kewarganegaraan Malaysia melalui pintu depan atau pintu belakang? Dedahkan Nombor Sijil Kewarganegaraan anda? Di Bawah Undang-Undang apa? Di Bawah Perkara berapa? Siapakah penjamin anda semasa anda memohon kewarganegaraan Malaysia? Adakah anda mempunyai Kad Pengenalan Permastautin Tetap (IC Merah) sebelum memohon kerakyatan? Berapa tahun kamu memegang IC Merah sebelum kamu dibenarkan memohon Kewarganegaraan Malaysia? Tunjukkan Permit Masuk kamu ke Sabah? Apakah kamu masuk ke Sabah sebagai Pelarian Perang atau Pelarian Ekonomi atau Pendatang Haram??? Christina Liew@Liew Chin Jin mesti mendedahkan isu-isu ini atau kami sendiri akan dedahkan!

Kita minta RCI yang sedang berjalan supaya mengkaji hal-hal ini. Jika tidak kita akan dedahkan satu persatu!!!

Kita tidak mahu negara kita ada Wakil Rakyat memiliki DUA KERAKYATAN!!! Kamu tahu bukan risikonya, keselamatan negara kita akan tergadai jika kita mempunyai Wakil Rakyat Dua Kerakyatan!!!

Kepada pasukan RCI di Sabah, SPRM, KDN, Jabatan Imigresen, SPR dan agensi-agensi berkaitan silalah Bertindak sekarang atau kita akan dedahkan sendiri!

MyMassa

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...