Pages

Monday, 17 June 2013

HOT NEWS! Melayu Kena Tipu Lagi Sekali!

Adalah sesuatu yang mengejutkan pada teman sendiri dan mungkin kepada sebahagian daripada orang Melayu. Kebiasaannya produk-produk pemakanan "HALALAN TOYIBBAN" yang "berselerak" di seantario negara, kita beranggapan bahawa produk tersebut adalah daripada pengusaha Melayu dan Islam. Tambahan pula jenama-jenama yang digunakan dengan nama-nama Melayu dan berbunyi sedikit "Arabic" dengan mudah menyakinkan pengguna-pengguna Melayu Islam.

Orang Melayu hari ini memiliki kuasa membeli serta kemahuan yang tinggi berbanding bangsa lain. Kuasa beli orang Melayu dikatakan mencecah 80 peratus berbanding dengan bangsa lain di negara ini. Maka tidak hairanlah banyak jenama-jenama yang "DI MELAYUKAN" dan "DI ISLAMKAN" baik dari segi produk-produk pemakanan mahupun premis-premis penjualan.

Cerita berkaitan gambar boleh rujuk link : Boikot Barangan Cina DAP , Sinaria Corporation, SINC.KL1 dan SINC.KL2

Namun dengan kebangkitan dan kesedaran Melayu dan Islam kebelakangan ini (Selepas PRU13) yang mahu mengutamakan produk-produk Melayu dan Islam, telah membuka mata banyak pihak (walaupun pak-pak menteri masih lagi meraikan kemenangan dan perlantikan jawatan yang dipegang). 

Kewujudan beberapa blog dan facebook page telah banyak membongkar kegiatan-kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini. Sebagai contoh yang popular "Boikot Barangan Cina DAP dan "Sokong Produk Melayu Islam". Apabila dibuat penyelidikan dan siasatan, didapati produk-produk yang didakwa "HALALAN TOYIBBAN" ini diusahakan oleh bukan Melayu dan Islam. Sehingga ada syarikat-syarikat pengeluar yang dimiliki bukan Melayu Islam meletakkan "ALI BABA" sebagai mengaburi mata-mata Melayu yang asyik berpolitik sempit 24 jam.

Kesannya adalah kepada produk itu sendiri khususnya produk-produk pemakanan. Persoalan yang timbul ialah sejauhmana kebersihan dan kesucian produk-produk tersebut serta halal untuk digunakan oleh orang Melayu Islam. Jika ada pun, setakat mana ianya akan bertahan sekiranya pengusaha adalah seorang bukan Islam. Seterusnya daripada aspek ekonomi orang Melayu Islam yang dilihat tidak akan berkembang malah semakin menguncup dek "ALI BABA" yang semakin berselerakan.

Kesal dan kecewa apabila pak-pak Menteri gagal melihat perkara ini sebagai satu yang serius. Sekadar "AMARAN" adalah mencukupi bagi "pak-pak Menteri" bagi menampakkan tindakan telah diambil. Namun tindakan tersebut tidak mendatang kesan apa-apa malah bertambah barah tak terbendung hingga "tsunami PRU13" melanda politik negara. Kejayaan Dasar Ekonomi Baru yang dicanang-canangkan untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu hanya berjaya pada sesetengah bidang khususnya Felcra, Felda dan Risda (sebagai contoh). Namun dari aspek perniagaan, boleh dikatakan "gagal sama sekali" dan kejayaan hanya tertumpu kepada "nama-nama besar".

Mungkin kemelut ini akan terus berpanjangan jika pak-pak Menteri yang empunya kuasa yang  masih terpaksa berlutut memohon "simpati undi Cina". Orang Melayu akan terus gagal dan ditipu dalam sistem diskriminasi ala Yahudi ini.

#SakitHatiKenaTipu

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...