Pages

Tuesday, 25 June 2013

HOT NEWS! Cita-Cita Husam Musa Jadi Presiden PAS

Sebelum ini mungkin ramai yang menjangkakan kenyataan bekas calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim akan menimbulkan bantahan dari majoriti ahli-ahli Pas yang mencadangkan agar Naib Presiden parti itu, Husam Musa dipilih sebagai Presiden. Malah ramai yang merasakan cadangan tersebut sebagai gerakan permulaan kepada ahli dan penyokong parti itu memandangkan pemilihan pimpinan tertinggi bakal diadakan tidak lama lagi.

Zaid sebelum ini mengatakan masa depan parti Pas akan lebih cerah sekiranya dipimpin oleh Husam. Ini kerana menurutnya, Pas yang kini dipimpin oleh golongan ‘pro-ulama’ banyak dosa dan memerlukan perubahan sebagai satu usaha membawa parti dengan pendekatan yang berbeza.

“Kumpulan (pemimpin) yang tua-tua atau ulama banyak kepada dosa pahala. Jadi saya rasa pendekatan PAS perlu berbeza,” menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh portal Antarapos ketika menghubunginya.

Namun ternyata sangkaan itu meleset sama sekali, ini kerana apa yang dicadangkan itu bukanlah sekadar cadangan kosong, kerana ternyata sudah wujud satu gerakan untuk menyingkirkan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dalam pemilihan parti kelak.

Ini kerana ketika pakatan pembangkang sedang ghairah untuk menghimpunkan rakyat bagi menggulingkan kerajaan, ribuan risalah mengenai isu yang dibangkitkan tadi telah di kesan diedarkan secara meluas.

Risalah yang menyebut “Ayuh Kita Angkat, Dato Paduka Hj Husam Musa Sebagai Presiden Baru” itu banyak dikesan berada di sekitar kawasan himpunan “Black505” petang tadi. Apakah ini sebagai petanda awal, berakhirnya pemerintahan Hadi dalam Pas?

Malah kegagalan pihak penganjur menghimpunkan 100 ribu orang ketika himpunan yang diadakan tadi telah menyebabkan mereka menyalahkan pimpinan pro-ulama di dalam Pas yang dikatakan sebagai punca dan penyebab kepada kegagalan tersebut.

Menurut salah seorang hadirin yang ditemui, mereka mengatakan pendirian yang tidak selari para pemimpin Pas berhubung program ini adalah punca utama ia tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Pimpinan Pas dari kelompok itu sebelum ini mengeluarkan kenyataan menolak sebarang percubaan untuk menggulingkan kerajaan melalui protes jalanan. Malah mereka juga turut  tidak meWAJIBkan mana-mana untuk ahli parti dari menyertai himpunan yang diadakan itu.

Mungkin kerana berang dengan kenyataan para pimpinan pro-ulama yang dirasakan tidak serius untuk membantu merealisasikan impian Anwar menjadi Perdana Menteri, Husam telah mengeluarkan kenyataan balas dengan mengatakan pemimpin Pas yang tidak hadir perhimpunan Black505 adalah merupakan pengkhianat kepada parti.

Tidak cukup dengan itu, Husam turut mengeluarkan fatwa baru kepada ahli Pas dengan menawarkan syahid kepada mereka yang mati ketika perhimpunan itu. Ini kerana dia sedar, ahli dan penyokong Pas yang ‘wala’ sudah pasti akan akur dan tunduk dengan arahan pemimpin dari pro-ulama.

Ternyata kerisauan yang melanda Husam itu ada asasnya. Ini kerana program pada petang itu jelas membuktikan tanpa sokongan ahli dan penyokong Pas, parti DAP dan PKR tidak akan ke mana. Apa pun alasannya, dengan jumlah kehadiran sekitar 8 ribu orang pada himpunan Black505 pada petang tadi telah membuktikan keGAGALan mereka.

Kesimpulannya, sama ada Husam mahupun penyokong mungkin merasakan kehadiran Hadi di dalam Pas bakal merumitkan segala gerakan dan perancangan yang telah diaturkan oleh kumpulan Endorgan yang membawa fahaman Anwarinas. Oleh sebab itu Hadi mesti disingkirkan!

Suara Generasi Baru

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...