Pages

Tuesday, 21 May 2013

VIDEO : Hata Hawari Tunjuk Isyarat FCUK Pada Kakitangan Utusan


Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan kini menyertai DAP, Hata Wahari hari ini muncul untuk beberapa minit di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, di Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan ke atas gaya dan kandungan penerbitan syarikat akhbar tersebut.

Namun, bak kata bijak pandai…kalau diri sendiri dah buruk perangai, apa kejadah nak menegur orang lain.

Kalau kita rasa diri kita bagus, tegurlah dengan cara berhemah dan penuh kesabaran.

Datang mengacau rumah orang, kena provoke sikit, terus meroyan.

Dalam protest jiwa kacau petang tadi, jurugambar Mynewshub berjaya merakamkan aksi di mana Hata memperlihatkan isyarat lucah kepada kumpulan kakitangan Utusan yang menunggu kehadirannya sejak pagi lagi.

Kejadian itu dapat dilihat pada saat ke-14 dalam klip di bawah.

Mungkin Hata tidak menyangka jurugambar Mynewshub akan berada di belakangnya ketika dia berbuat demikian.

Hakikatnya, kalau kakitangan Utusan memperlihatkan rasa kurang senang mereka memang patutlah kerana Hata datang ke pejabat mereka melakukan satu bentuk tindakan yang boleh ditafsir sebagai memperkecilkan syarikat berkenaan.

Namun, untuk Hata memperlihatkan isyarat lucah, itu mencerminkan pemikiran yang sempit dan sangat tidak profesional.

Apa yang menarik, walaupun di kalangan kakitangan Utusan ada yang melaungkan “boo”, “balik”, “komunis” dan “hidup Utusan”, namun tidak ada seorang pun yang dikesan memperlihatkan sebarang isyarat lucah kembali kepada Hata.

Jadi kepada Hata, renunglah sahsiah diri anda sendiri sebelum mahu menegur orang lain yea.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...