Pages

Thursday, 30 May 2013

UPDATED : Mayat Mangsa Bot Karam Ditemui


Penduduk rumah panjang di Rh Tevok menemui mayat Tujok Lah, 44, tidak jauh dari tempat bot ekspres yang dinaikinya karam kira-kira pukul 7 pagi Khamis.

Tujok, kaum Orang Ulu dari Rh Sking, Ng Merit dekat sini antara 14 mangsa yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam setelah terlanggar batu.

Ketua Polis Daerah Belaga Bakar Sebau berkata, mayat tersebut akan dihantar ke rumah mayat di Hospital Belaga.

Operasi mencari diteruskan dalam keadaan paras air yang semakin meningkat beberapa meter selepas hujan dan pelepasan air dari alur limpah empangan Bakun.

Paras air dijangka memudahkan kerja mengangkat bot ekspres yang terbalik itu.

Sebuah tongkang yang dipasang dengan kren akan cuba mengangkat bot tersebut pada lewat Khamis.

mStar

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...