Pages

Friday, 24 May 2013

TABIK SPRING! YB @KhairiKJ di Tadarus dan Khatam Al-Quran #FBP13 @PortalSGB

Didalam kemeriahan Festival Belia Putrajaya 2013 kali ini, tidak lupa juga Segmen Modal Insan yang menjadi tumpuan utama penganjuran tahun iyang telah masuk hari kedua. Satu Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran telah berlangsung pagi tadi yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, YB Khairi Jamaluddin.

Pengisian program ini penting dalam usaha membentuk modal insan yang tidak hanya leka dengan program bersifat keduniaan semata-mata. Keseimbangkan program modal insan ini akan dapat memberi manfaat ilmu dan kerohanian.

Majlis tersebut berlangsung  di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersempena Festival Belia Putrajaya disertai lebih 100 peserta. Kesempatan dan kehadiran YB Khairi Jamaluddin bersama-sama dalam majlis tersebut menambahkan lagi kemeriahan.

Jom kita serta Festival Belia Putrajaya 2013. Banyak lagi acara dan aktiviti yang menanti pengunjung..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...