Pages

Thursday, 23 May 2013

Serlahkan Tenagamu #FBP13 @PortalSGB


Festival Belia Putrajaya 2013 yang dijenamakan semula daripada Himpunan Jutaan Belia bakal berlangsung selama empat hari tiga malam bermula dari 23 hingga 26 Mei 

Ketua Sekretariat Hari Belia Negara Mod Nadzri Yaacob berkata, festival yang menjadi kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2013 itu berkonsepkan pembangunan potensi diri, melestari kreativiti dan inovatif, memartabat perpaduan serta jati diri.

Beliau berkata, festival yang akan diisi dengan 30 segmen dan 500 acara itu memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan. Lokasi kesemua acara ini akan diadakan di sepanjang lima kilometer di Persiaran Perdana dari Presint 6, 18, dan 20.

Festival ini bertujuan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda untuk berekspresi dan menguji kebolehan diri bersaing di pentas yang terbuka serta mencabar.

Himpunan di Putrajaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu telah bermula sejak 2010 dengan mencatat kehadiran lebih 200,000 pengunjung sebelum berjaya menarik kehadiran lebih sejuta belia pada tahun 2012. Lebih manis apabila penganjuran pada tahun 2012 telah memecahkan rekod terdahulu apabila seramai 2.4 juta belia menghadiri karnival selama lima hari itu.

Festival itu bersandarkan kepada konsep ruang untuk golongan belia menunjukkan bakat, pasaran belia itu sendiri, penampilan sesuatu yang baru dan semangat patriotik kepada negara.

Festival Belia Putrajaya 2013 akan menonjolkan sekurang-kurangnya empat acara yang akan mencapai tahap ikonik. Antaranya ialah pelancaran festival oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Mei pada pukul 5 petang, Perarakan Mega Belia, acara-acara antarabangsa (melibatkan ASEAN+3), dan Feista Muzik Dunia.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...