Pages

Wednesday, 29 May 2013

PROJEK MINYAK HUSAM: Discovery Channel Buat Liputan Eksklusif di Kelantan

Bukan sahaja satu Malaya, malah satu dunia terkejut dengan penemuan minyak di Tumpat Kelantan. Satu keajaiban yang belum pernah di dengar diserata dunia penemuan "telaga minyak" ajaib ini.

Bayangkan Kerajaan Negeri Kelantan akan mendapat laba yang tinggi hasil penemuan hebat ini. Minyak yang ditemui secara semulajadi ini boleh digunakan terus tanpa perlu menjalani berbagai proses yang sulit dan melibatkan kos yang tinggi. Apa yang perlu dibuat hanya menggali dan terus boleh digunakan umpama "ready made".

Syarikat gergasi minyak dalam dan luar negara akan berpusu-pusu mengkaji adegan "tak boleh blah" ini dari masa ke semasa.

Malah, akhbar Haramkah Daily dengan bangganya menyiarkan keajaiban ini mengalahkan akal budak darjah satu. Satu kerja hebat editor Haramkah Daily, pastinya mendapat penghargaan Husam Musa.

#NakMenipuBiarBertempat

1 comment :

  1. Sori pembetulan... Yang buat liputan tu bukan DISCOVERY CHANNEL... Tapi HISTORY CHANNEL... Diorang nak kaji batu asas yang ditinggalkan sejak 7 tahun yang lepas...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...