Pages

Saturday, 4 May 2013

Kisah ‘Pengundi Hantu’ Dari Bangladesh


Assalamualaikum. Saya dapat maklumat yang BN sedang membawa 4500 orang bangla setiap hari. Dan sudah ada 40,500 orang bangla masuk Malaysia. Percayalah semua…

Saya tahu, dengan kenyataan ini sahaja, dah banyak orang yang percaya. Takpe…

Tapi saya tak bagitahu mereka, kalau 4500 orang setiap hari, kita akan perlukan sekurang-kurangnya MAS’ Airbus A320 yang hanya boleh bawa 220 orang penumpang. Jadi, perlu ada 16 buah penerbangan setiap hari.

Dan saya tak beritahu mereka yang kalau macam tu, bermakna bermula daripada 25 April, maknya sehari kemasukan bangla ke Malaysia ialah 5785. Ini bermakna bahawa setiap hari, terdapat 281 penerbangan daripada bangla. Apa MAS mempunyai airbus sebanyak itu? Tapi tak apa… rakyat Malaysia ni SEMUANYA PANDAI-PANDAI…. kan? Hehehehehe…. mereka tak kaji, mereka akan TERUS KLIK SHARE….

Lepas tu, saya pun rakam video orang gaji saya, saya suruh dia cakap dalam video tu, “saya ada banyak kawan dah dapat IC, dapat BR1M lagi, dan dah disuruh mengundi BN lagi.” Tapi, saya ni BODOH dan BANGANG, saya tak bawa pun orang gaji saya jumpa polis. Tabiat biasa orang Malaysia macam lepas makan, saya upload video tu kat facebook. Tak apa… rakyat Malaysia kan pandai-pandai belaka? SANGAT PANDAI… mereka terus klik BUTANG SHARE.

Lepas tu saya jumpa mana-mana bangla, saya suruh dia pakai baju dna topi BN, bangla dapat baju free pun sukalah. Saya tangkap gambar mereka, saya upload kat facebook. Saya suruh dia tunjuk jari 1Malaysia, lepas tu saya edit gambar tu saya cakap kalau orang Malaysia jumpa orang ni, bawa pergi balai polis. Tapi, masalahnya saya ni BODOH dan BANGANG, tak macam rakyat Malaysia semua yang pandai, saya tak pulak bawak dia pergi balai polis masa saya pergi tangkap gambar. Tapi, saya tak kisah… rakyat MALAYSIA ni kan pandai? Hehehehe…

Setiap hari, kat KLIA dan LCCT, akan ada kemasukan pekerja asing bagi memenuhi permintaan para majikan. Pekerja asing beratur di KLIA merupakan perkara biasa. Tapi bila dekat dengan PRU ni, saya pun tangkap gambar mereka, upload kat facebook. Saya cakap kat facebook, ni orang bangla yang nak mengundi ni. Orang Malaysia yang PANDAI dan tak pernah ambil tahu pasal benda ni pun KLIK LIKE AND SHARE. Takpe, mereka kan PANDAI? Hehehehe…

Tak cukup bukti, saya pun ambil gambar rakan India dan Melayu yang gelap kulit mereka, lalu saya upload kat facebook. Ini BANGLA!!! Sedang berkempen untuk UMNO/BN. Saya tak kisah, orang MALAYSIA ni pandai sangat sampai MELAYU/INDIA tak dapat dibezakan dengan BANGLA.

Lepas tu lagi, saya ambil IC seorang hamba ALLAH, then saya photostat, saya upload kat facebook. Saya cakap dia ni bangla. Walhal gambar IC photostat tu jelas. Rakyat Malaysia yang PANDAI-PANDAI belaka ni pun klik SHARE, sebarkan kat orang ramai, cakap dia ni bangla. Padahal semua yang PANDAI-PANDAI ni tak pernah jumpa pun bangla-bangla tadi.

Kesian bangla… 

sumber Facebook SAYA SAYANG TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD via Mynewshub

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...