Pages

Thursday, 30 May 2013

HOT NEWS! Surat Terbuka Untuk DS @NajibRazak


Y. Bhg Tun/Tan Sri/Datuk Seri/ Datuk/ Datin/ Tuan/Puan/ Saudara dan Saudari,


PERKARA: GENERASI BELIA - YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN

Tindakan DS Najib sekarang dilihat terlalu risau dan terdesak untuk mendapatkan sokongan dan perhatian daripada kaum cina berbanding berusaha untuk mengekalkan dan mengukuhkan sokongan kaum melayu. Peribahasa ‘Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran’ sesuai untuk menggambarkan situasi itu sekarang. Walaupun telah banyak permintaan dipenuhi dan pemberian telah diberi kepada kaum cina, hasilnya masih tidak ada. Jika kita masih memberi tumpuan yang banyak kepada kaum lain, ini seolah-olah mengambil mudah (take for granted) sokongan kaum melayu.

Jika 95% kaum cina telah memberi undi kepada DAP, ini bermakna kemungkinan besar penyokong MCA dan GERAKAN juga telah memberi undi kepada DAP. Trend ini tidak akan banyak berubah sehingga matlamat mereka untuk mendapatkan kuasa tertinggi di negara tercapai. Oleh itu langkah yang wajar sekarang adalah langkah-langkah pengekangan dan bukan adaptasi ataupun toleransi. Trend ini hanya akan reda apabila kaum cina merasakan kerugian apabila wakil mereka tidak berada dalam kerajaan. Ini hanya akan berlaku apabila UMNO dapat memperkukuhkan sokongan orang melayu dari purata sekarang iaitu 60% kepada 70%-75%. Fokus sepatutnya diberikan kepada pengukuhan sokongan orang melayu terutamanya golongan belia. Walaupun dikebanyakan tempat diluar bandar, purata orang melayu yang menyokong UMNO adalah 70% tetapi sokongan golongan belia melayu di bandar terhadap UMNO telah menurun ke 50% atau lebih rendah. Trend ini lambat laun akan merebak dan sampai ke kawasan pendalaman. Jika kita tidak memberi perhatian kepada aspek ini, maka apabila sokongan melayu telah jatuh ke purata 50%, diluar bandar maka UMNO serta BN akan menjadi sejarah. 

Golongan belia sebenarnya dapat ditarik dan dipengaruhi dengan syarat sesebuah kepimpinan mesti mempunyai unsur-unsur perjuangan atau mempertahankan hak yang jelas dan bervisi, bukannya meleraikan hak dalam program transformasi. Sebagai contoh, perjuangan membela nasib bangsa yang masih terpinggir dari segi ekonomi dan pendidikan, perjuangan menentang korupsi yang berleluasa, perjuangan menangkis serangan ekonomi dan politik daripada kaum lain, perjuangan mempertahankan hak-hak peribumi, perjuangan membela nasib bumiputera, perjuangan mempertahankan bahasa ibunda sebagai bahasa rasmi serta wajib dikuasai oleh setiap kaum dan lain-lain lagi. Satu perjuangan yang dapat dipasakkan di dalam hati dan pemikiran belia melayu.

Mana mungkin golongan belia akan bersama-sama menyokong dan menyertai UMNO jika kepimpinan UMNO sendiri tidak mempunyai visi dan tidak memperkasakan perjuangan malah mengadakan transformasi untuk meleraikan hak-hak perjuangan tadi. Golongan belia akan mula mempersoalkan, Apakah sebenarnya perjuangan UMNO sekarang ini? Adakah semata-mata untuk mengekalkan kuasa? 

Kita lihat kepimpinan UMNO sendiri cuba menjauhkan diri dari dilabel sebagai pro PERKASA. Sedangkan apa yang diperjuangkan PERKASA sepatutnya menjadi perjuangan UMNO! Kenapa kepimpinan UMNO membiarkan sesiapa sahaja yang mempertahankan dan menyuarakan dengan lantang hak-hak melayu seperti Dato’ Ibrahim Ali dan saudara Zulkifli Nordin dilabelkan oleh pembangkang sebagai rasis, dan membiarkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dipandang sebagai pejuang demokrasi. Sedangkan pada zaman Tun Mahathir dahulu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng termasuk dalam golongan pelampau yang dilabel rasis. 

Ini menunjukkan kepimpinan UMNO amat lemah sekarang. ‘Mindset’ kepimpinan UMNO lebih berbentuk ‘apologetic’ dan ‘defensive’. Mana mungkin golongan belia tertarik kepada pemikiran yang sebegini negatif yang langsung tidak memberangsangkan! Golongan Pemuda UMNO pula sudah tidak dapat berkokok kerana ‘ekor bergulimang dengan tahi’. Rata-rata perjuangan Pemuda UMNO lebih berbentuk perjuangan mencari peluang perniagaan/projek dan kekayaan melalui politik dan bukan perjuangan membela bangsa. Tidak mungkin dapat menarik hati belia melainkan belia yang korup. Tidak mungkin menangkis hujah pembangkang dan tidak mungkin dapat mempertahankan agama dan bangsa. Pembaharuan kepada kepimpinan dan Pemuda UMNO sudah jauh melewati waktu.
Kesimpulannya:

1) Kebiadapan kaum yang semakin melampau harus dikekang

2) Sokongan kaum melayu perlu diperkukuhkan

3) Semangat perjuangan perlu dihidupkan

4) Asas perjuangan perlu dipasakkan 

5) Pemikiran ‘apologetic’ dan ‘defensive’ perlu dihapuskan

6) Kepimpinan dan Pemuda UMNO perlu kepada perubahan

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

PERSATUAN ANAK JATI MELAYU PULAU PINANG

YUSOF MOHAMAD
YANG DIPERTUA

#ApaNakJadi

Credit  to Persatuan Muka Buku Pulau Pinang

2 comments :

  1. Satu komen yang bernas dengan tujuh usul amat perlu dipratikkan segera untuk memastikan kesinambungan kuasa melayu tidak diambil alih oleh bangsa lain. Mc Berth kata "BE BOLD, RESOLUTE AND SCORN THE POWER OF MAN"

    ReplyDelete
  2. MEMANG BETUL,SOKONG 110%...PM LEMAH?IYALAH AGAKNYA,NO MORE APOLOGETIC...PMUDA UMNO MCM SIPUT,MCM PUSSYCAT,SAPA KTUANYA?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...