Pages

Friday, 3 May 2013

HOT NEWS! Poster Yang Buat Anwar Pening Kepala

Parlimen Permatang Pauh bertambah panas! Berbagai-bagai isu provokasi timbul hingga kenderaan petugas calon BN dirosakkan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Calon-calon BN di Parlimen Permatang Pauh termasuk calon DUN dianggap "underdog", namun usaha keras calon-calon BN telah mula menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Dr Mazlan Ismail, Calon BN Parlimen Permatang Pauh telah mula digeruni oleh Anwar Ibrahim. Anwar telah mula turun padang disaat-saat akhir bagi meraih undi dan cuba menabur fitnah yang entah apa-apa. Ketokohan Dr Mazlan sudah diterima oleh pengundi-pengundi Permatang Pauh. Pengundi-pengundi atas pagar telah mula melihat Dr Mazlan seorang pejuang yang boleh dianggap "The Killer". Sokongan sebilangan ahli PAS kepada Dr Mazlan membuatkan Anwar tidak senang duduk dan cuba mencari helah baru untuk memburukkan peribadi Dr Mazlan.

Latarbelakang Dr Mazlan yang bersih dari sebarang skandal salahlaku mahupun moral membuat Anwar Ibrahim lagi pening kepala untuk memutar belitkan keperibadian calon BN. Tambahan pula, Datuk Abd Jalil, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh turut membantu Dr Mazlan berkempen, malah isu sabatoj calon pun tidak langsung timbul.

Begitu juga calon BN DUN Permatang Pasir, Cikgu Anuar Faisal Yahaya, sebagai calon underdog di DUN ini menentang Salleh Man dari PAS. Cikgu Anuar, anak jati Permatang Pasir  dijangka akan memberi saingan sengit kepada Salleh Man. Kegagalan Salleh Man berkhidmat kepada pengundi DUN Permatang Pasir dalam penggal sebelum ini membuatkan pengundi-pengundi Permatang Pasir untuk pakat-pakat "kalih' undi kepada anak arwah "Cikgu Ya" seorang yang berpengaruh di Permatang Pasir.

Calon BN DUN Penanti, Ibrahim Ahmad atau nama sinonimnnya di Penanti "Ard Burger" seorang yang mesra dengan pengundi, bukan hanya sekarang tapi sejak dahulu lagi yang djangka akan menguburkan calon PKR, Dr Norlela. Ard Burger mempunyai kelebihan menyaingi calon PKR apabila ahli-ahli PAS sendiri mudah menerima Ard Burger berbanding Dr Norlela yang entah datang dari mana. Pengundi DUN Penanti pun tak kenal Dr Norlela..

Sudah pastinya DUN Seberang Jaya, menjadi hak mutlak BN untuk dipertahankan oleh calon BN, Datuk Muhammad Nasir Abdullah, seorang yang berwibawa dan mempunyai visi besar di Seberang Jaya. Walaupun mendapat tentangan dan provokasi hingga kenderaan petugas beliau dirosakkan, namun provokasi tersebut tidak mematahkan semangat juang untuk berkhidmat untuk rakyat khususnya pengundi Seberang Jaya. 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...