Pages

Saturday, 25 May 2013

HOT NEWS! Pendatang Asing Merusuh di Putrajaya! Tak Guna! #FBP13 @PortalSGB

Apa dah jadi? Pendatang asing merusuh di Putrajaya? Eh! Biar betul! Kalau macam ini memang menyusahkan! Orang sibuk-sibuk di Festival Belia Putrajaya 2013, ada pendatang asing pulak sibuk-sibuk merusuh! Hingga terpaksa panggil Pasukan Cegah RusuhanJabatan Imigresen Malaysia untuk menangani keadaan.

Aksi yang mendebarkan
Aksi rusuhan pendatang asing tersebut adalah salah satu acara demontrasi Pasukan Cegah Rusuhan Jabatan Imigresen Malaysia di Festival Belia Putrajaya 2013 pagi tadi. Jabatan Imigresen menubuhkan pasukan elit anti rusuhan ini sebagai langkah segera mengawal rusuhan di kalangan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) di semua depot tahanan di seluruh negara.  Ia juga bagi mengelak sesuatu rusuhan yang berlaku merebak ke tempat lain sebelum bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), tiba.

Aksi provokasi perusuh
Pengunjung yang membanjiri kawasan tapak demontrasi teruja dengan demontrasi Pasukan Cegah Rusuhan ini yang julung-julung kali dipersembahkan dikhalayak. Banyak aksi-aksi menarik yang dipertontontan disamping cross-over oleh pegawai imigresen yang menerangkan setiap gerak aksi tersebut.
Perusuh terperangkap





1 comment :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...