Pages

Saturday, 18 May 2013

HOT NEWS! Menteri Dalam Negeri Tak Berani La Kot!


Kisah pengundi hantu mainan pembangkang akhirnya terpalit ke muka sendiri. Pengundi hantu yang ditangkap oleh penangkap-penangkap hantu telah dikenalpasti. Namun hantu yang ditangkap rupa-rupanya adalah warganegara Malaysia yang sah. 

Menurut berita, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming kini mahu bertemu dengan Chua Lai Fatt secara peribadi dan memohon maaf kepada Chua dan keluarganya berhubung dakwaan yang dilemparkan itu. Chua, berketurunan India namun diambil menjadi anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang serta memberikan nama kepadanya.

Sekadar permohonan maaf adalah tidak memadai berbanding kerosakan yang telah dibuat oleh pihak pembangkang ini. Penyebaran isu pengundi hantu yang ditangkap ini berleluasa dan bertebaran diruang maya hingga tiada sekatan. Malah tuduhan melulu mendakwa BN menggunakan pengundi hantu sebagai kemenangan PRU13 menjadi-menjadi hingga ada yang percaya bulat-bulat. Walhal, pembangkang masih gagal membuktikan dengan jelas kewujudan pengundi hantu tersebut hingga ke hari ini. Hanya bercakap dipentas jalanan tanpa ada mengemukakan sebarang bukti kukuh

Teman berharap Menteri Dalam Negeri baru mengambil tindakan lebih tegas terhadap tuduhan liar pembangkang ini. Tindakan undang-undang harus diambil kepada pemimpin-pemimpin dan penyebar-penyebar isu ini dengan mengheret penyebar-penyebar berita-berita palsu ke mahkamah. Selagi kerajaan berlembut, selagi itulah rakyat akan bertambah meluat.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...