Pages

Thursday, 23 May 2013

HOT NEWS! Kehangatan Sudah Bermula! #FBP13 @PortalSGB


Festival Belia Putrajaya 2013 yang dijenamakan semula daripada Himpunan Jutaan Belia sedang berlangsung bermula hari ini 23 hingga 26 Mei 2013. Acara tahunan ini dijalankan selama empat hari tiga malam.

Berbagai-bagai acara menarik telah dijalankan pada hari ini di sepanjang lokasi acara bermula Persiaran Perdana dari Presint 1 hingga Presint 6, 18 dan 20.

Walaupun hari ini adalah hari bekerja, namun pengunjung tidak putus-putus sejak awal pagi lagi. Teman sempat berkunjung di beberapa lokasi acara khususnya di Gadjet Carnival 2013 yang terletak di Presint 3, Putrajaya. Pengunjung mengerumuni Gadjet Carnival 2013 tak henti-henti sejak dibuka awal pagi tadi.


Esok dijangka akan lebih meriah apabila cuti umum dan hujung minggu serta cuti persekolahan telah bermula. Jom semua!!!!..


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...