Pages

Sunday, 19 May 2013

HOT NEWS: Guan Eng Memang Penyibuk! Piirahh!!!

Jika dilihat gambar diatas, sudah pasti gambaran menunjukkan kejayaan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dihadiri Guan Eng sebagai Ketua Menteri. Program diatas adalah Program Renangan Merentas Selat Pulau Pinang anjuran Puspakom dan Persatuan Sukan Rekreasi Orang Kurang Upaya Pulau Pinang (Pesron) yang melibatkan Faiq Adnan seorang atlet OKU penglihatan yang telah berjaya menamatkan cabaran merentas Selat Pulau Pinang yang bermula di Pelabuhan Sweetenham dan berakhir di R & R Bagan Ajam, Butterworth.

Dalam program ini, Guan Eng tidak dijemput langsung dan tiba-tiba menyibuk di penghujung program menyambut Faiq Adnan di R & R Bagan Ajam. Orang lain yang susah payah merancang dan merangka program dari awal, Guan Eng potong kat "Konar" ambil nama. 

Sememangnya sudah menjadi perangai pembangkang yang asyik menyibuk hal dan program orang lain. Kemudian mendakwa telah berjaya dalam membangunkan agenda kerajaan negeri Pulau Pinang. Walhal, Guan Eng hanya menjadi penyibuk yang tak dijemput. Muka tak malu asyik menyibuk dan serbu program orang lain. Bak kata pepatah " Lembu Punya Susu, Sapi Yang Dapat Nama". Lagak hero hindustan..

Akhirnya gambar-gambar Guan Eng bersama Faiq Adnan akan terpampang di Buletin Mutiara nanti. Sama-sama kita saksikan drama-drama pembangkang ini.


1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...