Pages

Thursday, 23 May 2013

HOT NEWS : Bukti Air Asia Penipu!

Kejadian ibu malang bersama anaknya yang ditinggalkan oleh Syarikat Penerbangan Tambang Murah "CELAKA" Air Asia tidak terhenti begitu sahaja. Penumpang malang tersebut menafikan menerima sebarang bantuan daripada syarikat itu selepas anaknya Maryam Sofea Mohd Reza, 14 bulan dihalang menaiki pesawat di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Sikap lepas tangan Pengurusan Air Asia meninggalkan ibu malang ini terkontang-kanting di Bandar Ho Chi Minh, sebuah negara asing amat mengecewakan dan dianggap sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Pengurusan Air Asia mendakwa telah menghulurkan bantuan namun telah dtolak kepada Izan Suhaila. Kenyataan ibu malang tersebut telah merungkai penipuan Air Asia bahawa tiada bantuan yang dihulurkan oleh Pengurusan Air Asia. Hanya ahli keluarga beliau sahaja yang membantu menghadapi kesulita.

Jelas sekali, penipuan Air Asia sudah bermula sejak di kejadian itu berlaku lagi. Bermula dengan mendakwa Maryam Sofea telah disahkan tidak sihat (Demam Campak) oleh doktor yang bertauliah namun kelibat seorang jururawat pula dirakam saksi kejadian. Pengurusan Air Asia wajar menjawap persoalan yang timbul bukan "baling batu sembunyi tangan". Sikap berdiam diri dengan memberi kenyataan palsu akan menambahkan kekeliruan dan keyakinan kepada perkhidmatan Air Asia yang dicanang-canang sebagai syarikat penerbangan tambang murah yang terbaik.

Teman percaya Air Asia adalah Syarikat Penerbangan Tambang Murah yang terbaik dalam menyulitkan penumpang! TERBAIK!!!


1 comment :

  1. pulak dah, jangan la guna cara camni nak menjatuhkan orang, Mas dah kalah dengan airasia, sebelum ni ok je, tiba2 ada pulak cerita, baru ada, hmm fikir2 kan la

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...