Pages

Tuesday, 28 May 2013

HOT NEWS: Blackout 505 Akan Berakhir Bulan Depan

Kegagalan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hadir ke perhimpunan Blackout 505 yang dianjurkan oleh PKR di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 25 Mei 2013 yang lepas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam PR.

Jarang benar para pemimpin utama DAP dan PKR memboikot sebarang perhimpunan bantahan yang dianjurkan apatah lagi hanya menghantar pemimpin bertaraf kelas kedua sahaja sekadar memenuhi undangan.

Alasan kononnya pemimpin utama DAP dan PAS itu berada di luar negara untuk urusan lain agak pelik bunyinya seolah-olah mereka tidak mengetahui penganjuran himpunan tersebut dan langsung tak dijemput untuk menyampaikan ucapan.

Selain mereka berdua, Penasihat DAP Lim Kit Siang juga tidak hadir sementara jumlah kehadiran penyokong PR juga jauh berkurangan berbanding himpunan pertama Blackout 505 di Stadium MBSJ Kelana Jaya sebelum ini.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang menyedari sudah wujud sosek-sosek kebimbangan dikalangan penyokong PR dilihat cuba meredakannya dengan menjanjikan lebih banyak perhimpunan sama akan diadakan di seluruh negara.

Dilihat pada senario semasa ini jelas kelihatan penganjuran terbaru himpunan 505 lebih dimonopoli oleh pemimpin PKR dan NGO yang dekat dengan parti itu sahaja, seperti mengiakan DAP dan PAS cuba menjauhkan diri dari PKR.

Jika keadaan ini berterusan tidak sukar menjangkakan kemungkinan momentum blackout 505 akan semakin merudum dan akhirnya menjelang penghujung bulan depan ianya akan padam dan ghaib dari pandangan.

Beruang Biru

1 comment :

  1. Alhamdulillah, rakyat makin sedar, 505 untuk anwar yang gila nak jd PM bukan untuk rakyat yang cintakan keamanan, kita tahu rakyat dating untuk meramaikan tapi tak berobjective yang tetap. Apa saja untuk anwar patut di tolak, ianya bukan untuk rakyat dan Negara,kalau rakyat masih buta mata buta hati, fikir lah apa yang anwar cakap tu betul atau penuh rasa dengki dan hati yang busuk kepada UMNO..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...