Pages

Saturday, 25 May 2013

FUYOOO! Gempak Giler! #FBP13 @PortalSGB

Memang hebat! Gempak giler! Hari kedua Festival Belia Putrajaya 2013 bertambah meriah. Satu perarakan yang julung-julung kali diadakan di dalam pengisian Festival Belia Putrajaya 2013 kali ini. Kehadiran Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin serta isteri, Nouri Tun Abdullah bersama-sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan untuk menyaksikan perarakan berkenaan turut menyerikan acara gilang gemilang tersebut.


Perarakan disertai oleh 20 buah kontinjen dari seluruh negara dan terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada peserta Pavillion Negeri, Kumpulan dari Pink Village, Persatuan Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Kumpulan kedua pula terdiri daripada kumpulan motosikal berkuasa tinggi, scrambler, kereta-kereta klasik, 4x4, vintaj dan amfibia serta beca berhias.

YB Khairy  dan Datuk M Saravanan turut menyaksikan perarakan
Perarakan yang bermula dari bangunan Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan berakhir di hadapan bangunan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini telah berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung yang hadir ke Festival tersebut.
Memang hebat!
Perarakan disaksikan ribuan pengunjung
Kenderaan Bomba dan penyelamat tidak ketinggalan
Banyak lagi acara-acara yang menanti pengunjung pada hari ini dan esok. Jangan ketinggalan. Jom sertai Festival Putrajaya 2013. Jumpa disana..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...