Pages

Monday, 20 May 2013

FUYOO! Ramainya Sertai Demo Hata Wahari di Pejabat Utusan Malaysia


Kesian sungguh pada Hata Wahari bekas wartawan kanan Utusan Malaysia yang dipecat! Barua ciptaan DAP yang baru. Berdemo depan ibu pejabat Utusan Melayu tapi bersendirian. Tak nampak pun muka-muka cina DAP yang tukang hasut barua ni. Tapi lebih kesian, kena baling dengan bihun goreng oleh kakitangan Utusan. Lawak der! Lapar la tu tak cukup makan.! Adess!!!

Rancangan ahli DAP, Hata Wahari untuk mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini tidak mendapat sambutan apabila hanya dia bersendirian yang hadir petang ini.

Walaupun telah digembar-gemburkan di laman-laman sosial sejak lebih seminggu lalu namun demonstrasi yang dirancang diadakan pukul 5 petang itu itu ternyata gagal mendapat sokongan.

Malahan kira-kira 100 kakitangan Utusan yang menanti kehadiran para pendemonstrasi itu ternyata "kecewa" apabila hanya kelibat Hata yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia yang telah dipecat itu sahaja yang hadir.

Disambut dengan jeritan "Hidup Utusan!", "Hidup Melayu!" dan "pengkhianat" akhirnya ahli DAP itu meninggalkan kawasan ibu pejabat bekas majikannya itu kira-kira 10 minit kemudian.

Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut merancang mengadakan perhimpunan bagi menyokong akhbar tersebut di tempat dan waktu yang sama hari ini bagaimanapun akur dengan arahan pihak berkuasa yang melarang mereka berbuat demikian. (UTUSAN)

3 comments :

  1. melayu benggong dia nih..

    ReplyDelete
  2. kalau ceo air asia boleh di pundekkan oleh melayu yang sayang melayu, siapa lah pemberita di pecat ni, utusan ada kaliber untuk membuat lapuran bukan surat khabar haprak pembangkang, tak da kaliber langsung, tak bertanggung jawap dan kualiti lapuran berita setakat standard bawah budak tadika, hidup utusan, utusan lidah penyambung perjuanagn melayu...

    ReplyDelete
  3. agaknaya dia sebagai wartawan di utusan malaysia sebenarnya di bayar oleh DAP utk menjadi org dlm ..akhirnya terbongkar juga si pengkhianat ini....selepas ni apa fungsi dia utk DAP ?????????????? x de sape akan layan dia lg sbb fungsi dia dah x di perlukan lg....kesia si pengkhianat tu....
    sedar2 lah wahai melayu ...jgn lah jd barua bangsa lain utk menjahanamkan bangsa sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...