Pages

Monday, 20 May 2013

BREAKING NEWS! Kenyataan Air Asia Penipu?


Kenyataan Air Asia mengenai insiden di bandaraya Ho Chi Minh telah keluar sejak semalam lagi. Bila diamati, terdapat kekeliruan fakta yang dikeluarkan oleh Air Asia dengan saksi ditempat kejadian di terminal tersebut. Beberapa persoalan yang mungkin perlu jawapan serius daripada pengurusan Air Asia terhadap insiden yang memalukan ini dan dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Jururawat atau doktor?
Teman beranggapan masih ada sesuatu yang tidak kena daripada penjelasan dan kenyataan Air Asia tersebut. Kelibat seorang jururawat yang didakwa sebagai doktor perubatan bertauliah juga menjadi kemusykilan. Cuba pembaca membaca sedikit kronologi yang teman ambil daripada Blog  Mazidul untuk penilaian.

1. 15 Mei 2013,  kakitangan bank,  Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun,  membawa anaknya Maryam  Sofea Mohd  Riza ke LCCT bersama 10 saudara mara dan ibu.  Beberapa hari  sebelum  itu   Maryam  mengalami chicken pox.  Bagaimanapun  ground staff Air Asia di LCCT  membenarkan  Maryam  dan semua  ahli keluarga diterbangkan ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Tindakan itu tidak menghairankan kerana doktor tempatan dua kali mengesahkan Maryam sihat.  Hanya tompokan  hitam masih  kelihatan di seluruh  tubuhnya dan dia  tidak demam.

2. 18 Mei 2013,   kira-kira 20 minit   sebelum pesawat  dijadualkan  berlepas ke Kuala Lumpur, Maryam dilarang  oleh  ground staff Air Asia di lapangan terbang di Ho Chi Minh  menaiki pesawat  syarikat  tambang murah itu,   penerbangan  AK 1455  pada jam 9 malam, waktu Vietnam. 


Tompokan kesan chicken pox  dilihat oleh ground satff  berbangsa Vietnam lalu mereka bertindak mengikut  peraturan seperti dicatatkan dalam terma dan syarat penerbangan Air Asia.

Mereka diarahkan  oleh  lelaki di bawah untuk  tinggal di Ho Chi Minh  selama 5  hari sebelum dibenarkan  pulang ke Malaysia.


3.  Medical doctor berbangsa Melayu, berkebetulan penumpang penerbangan sama, memperkenalkan diri  dan memaklumkan ground staff Air Asia, melalui pengamatan beliau,  Maryam  selamat untuk  diterbangkan.  Namun,  kenyataan doktor itu  tidak diambil kira. Doktor terbabit TIDAK bertugas di lapangan terbang,  beliau berstatus  pelancong di negara asing itu, cuma cuba ingin membantu menyelesaikan  masalah timbul.

Melalui pengamatan saya dan keluarga Izan,  TIADA  doktor   Vietnam  membuat  pemeriksaan terhadap  Maryam  di sekitar pintu 18   lapangan terbang. Hanya jururawat  ditugaskan  mengambil bacaan suhu badan Maryam.  Ditanya oleh ahli keluarga Maryam mengenai bacaan  suhu badan bayi berusia 14 bulan terbabit,  jururawat  warga asing  itu hanya membisu.

Jika benar status kesihatan Maryam  membahayakan penumpang lain,  bagaimanakah  bayi  itu   DIBENARKAN  oleh ground satff  Air Asia di LCCT  untuk menaiki pesawat ke Vietnam  pada 15  Mei tetapi  kemudian  dinafikan penerbangan 4 hari kemudian oleh ground staff di Ho Chi Minh?

4.  Hampir  jam 9.30 malam,  Izan dan  Maryam  ditemankan oleh  dua saudara lelaki mereka, Faisal  Mohd Fozzeli dan  Mohd Hasif Mokhtar (berbaju merah)  dibawa keluar oleh ground staff bertugas dari lapangan terbang dan  HANYA  dihantar ke  terminal  teksi.

Tatkala  itu  mereka  tidak mempunyai  bilik hotel  dan juga kenderaan untuk bergerak  di negara asing terbabit.  Malah sebahagian wang mereka  bawa,  disumbangkan oleh penumpang pelbagai  bangsa  penerbangan  AK 1455.


5.  Ground satff di Vietnam MENDAKWA,  kapten  kapal terbang Air Asia AK 1455  tidak membenarkan  Maryam  menaiki pesawat. Pada kira-kira jam 9.50 malam, beberapa minit setelah menaiki pesawat,  saya dimaklumkan  oleh pramugari bertugas, kapten Ariffin Bakar tidak mengetahui  perincian kes  terbabit.

Pihak manakah tidak berkata benar? 

6. Setelah tiba di LCCT, saya dimaklumkan oleh Norhamiza, adiknya Izan, anak dan dua saudara mereka terpaksa mencari teksi dan hotel sendiri. Izan dilaporkan terpaksa membeli  susu  Maryam dan juga pakaian mereka. 

Akhirnya dengan bantuan ejen pelancongan di Ho Chi Minh, mereka menyewa May Flower Hotel dengan  kadar bayaran  USD60 semalam dengan menggunakan wang sumbangan penumpang  penerbangan AK 1455.

7.   Tiada kakitangan  Air Asia menghubungi Izan  mahupun ahli keluarganya.

8. Pada 19 Mei, kakak Izan, Norhamiza tiba di Kuala Lumpur kemudian bertindak menghubungi  adiknya, pegawai senior  Tourism Malaysia di New York,  Amerika Syarikat, Ahmad Johanis.  Johanis kemudian medapatkan bantuan kakitangan Tourism Malaysia Vietnam,  MAS dan pihak Kedutaan Malaysia di negara terbabit.

Berikutan  bantuan dihulurkan,  Maryam  kemudian  dihantar ke  hospital untuk diperiksa  dan disahkan  sihat oleh  doktor di Victoria  Healthcare Vietnam.





3 comments :

  1. air asia ni nak menipu saja..dah serik rasanya dengan air asia..kecuali takde pilihan..

    ReplyDelete
  2. penipu dan menipu aja air asia nih....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...