Pages

Thursday, 30 May 2013

BREAKING NEWS! Hakim dan Nik Nazmi Bersaudara?

Bertambah menarik! Hakim Mahkamah Seksyen, Rozina Ayob telah menarik diri dari mendengar kes ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, yang didakwa dibawah dengan kesalahan Akta Perhimpunan Aman 2012. Dakwa hakim tersebut  beliau mempunyai pertalian "saudara" dengan Nik Nazmi.

Kes tersebut akan didengar oleh Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz. Namun Nik Nazmi terkejut!

Keputusan hakim tersebut wajar dihormati demi menjaga professionalisma dan kebebasan  badan kehakiman di negara ini. Pengakuan yang jujur daripada seorang hakim yang bijaksana. Walaupun tidak dijelaskan butiran persaudaraan tersebut, ianya harus diberi pujian.

Teman tidak berniat untuk menghina mahkamah ataupun menghina badan kehakiman, namun terfikir sejenak memikirkan keputusan-keputusan kehakiman yang dijatuhkan sebelum ini oleh hakim-hakim so called " related" dengan tertuduh yang tidak diketahui!

#TidakBerlakuDiMalaysia

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...