Pages

Saturday, 25 May 2013

BREAKING NEWS! Berduyun-Duyun Bas Bawa Babi Ke Himpunan Rakyat 505! Adeeh!


Kalau dah kalah! Kalah lah! Tak perlu buang masa untuk berhimpun dan membuat provokasi dan tuduhan palsu. Jika benar ada penipuan Pilihanraya, kemuka bukti di mahkamah. Bukannya dijalanan dan menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat.

Himpunan Rakyat 505 yang sedang berjalan Datarang PJ, Petaling Jaya menunjukkan pembangkang tidak henti-henti cuba untuk menghasut rakyat demi kepentingan peribadi seorang pemimpin yang mengimpikan jawatan Perdana Menteri. Tak lebih dari itu.

Nasib rakyat yang diperbodohkan yang dikerah supaya berhimpunan hanyalah cubaan yang sia-sia tanpa menguntungkan sesiapa pun. Tuntutan dan tuduhan palsu yang berlandaskan mimpi seorang pemimpin bernama Anwar Ibrahim yang berdendam dengan UMNO/Barisan Nasional akan merosakkan negara keseluruhannya.

Pihak polis telah memberi amaran himpunan tersebut merupakan perhimpunan haram kerana mereka tidak memperoleh notis 10 hari lebih awal seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2011, namun kedegilan pembangkang hanya provokasi supaya mereka ini ditangkap dan akhirnya UMNO juga akan dipersalahkan. Sedangkan setiap warganegara harus akur dengan undang-undang yang digariskan supaya rakyat akan dapat hidup harmoni dan aman tenteram.

Rakyat biasa juga mempunyai hak asasi dan kebebasan untuk hidup aman damai tanpa diganggu gugat oleh sesiapa pun. Jangan pandai bercakap mengenai hak asasi dan kebebasan jika kita sendiri tidak menghormati kehendak orang lain.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...