Pages

Friday, 10 May 2013

BREAKING NEWS! Azmin Ali Ambil Alih PKR?



Apa yang Azmin Ali ingin lakukan? Pendedahan atau penentangan?. Azmin Ali, sejak 15 tahun lepas, menjadi sekutu politik yang paling dekat dengan Anwar, telah mencabar kaedah mentornya mengadakan siri demontrasi jalanan keatas keputusan Pilihan raya ke-13 dengan alasan bahawa Anwar sepatutnya hanya memfailkan aduan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Orang nombor 2 dalam PKR itu membayangkan kejatuhan Anwar dan menjanjikan satu sidang akhbar penuh pada hari ini . Dijangka Azmin akan menerangkan isu nepotisme dalam PKR dan apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Kenyataan Timbalan presiden PKR tersebut menyebut beliau sentiasa menahan diri daripada bercakap tentang nepotisme dalam PKR selama 15 tahun. Mungkin Azmin ingin menunjukkan beliau bukan seorang "Yes Man" atau kecewa kerana tidak dipilih menjadi Menteri Besar Selangor?

Namun kenyataan Azmin baru-baru ini menyebut, "Saya tidak mahu itik tempang sebagai Menteri Besar", membayangkan  "Drama Bersiri" ini adalah amaran keras Azmin kepada Anwar supaya beliau diberi perhatian serius.

Sama-sama kita saksikan nanti..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...