Pages

Sunday, 26 May 2013

BREAKING NEWS! Anwar Ibrahim Mesti Panas Telinga Bila Tengok ni! #FBP13 @PortalSGB

Fuh! Teruja sungguh! Puluhan ribu belia seluruh pelusuk negara hadir Majlis Perasmian Festival Belia Putrajaya 2013 yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi. Pengunjung telah berpusu-pusu seawal 8 malam memenuhi ruang pentas utama Festival Belia Putrajaya 2013 menunggu kehadiran Perdana Menteri. 

Semasa berucap, Perdana Menteri mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima pada semua anak muda khususnya yang telah menjadi pengundi di dalam PRU13 yang telah berlangsung baru-baru ini , rakyat Malaysia telah memberi mandat yang baru kepada kerajaan BN untuk memimpin Negara.

Tegasnya lagi, mana-mana Negara pun telah memilih sistem politiknya berdasarkan kepada kaedah dan corak memilih siapakah yang layak untuk memimpin Negara. Semuanya ini telah termaktub dalam perlembagaan Negara. Keluhuran perlembagaan Negara kita serta ketinggianya dan juga prinsip  konsep rule of law adalah merupakan antara tiang seri kepada Negara. Maka sebagai warganegara yang cinta kepada Negara, maka perlu dan mesti mempertahankan keluhuran dan kesucian perlembagaan Negara dan "rule of law". 

Persembahan silap mata
Tambah beliau lagi, “Ini bukan bererti kita tidak boleh dan tiada ruang untuk menunjukkan perbezaan pendapat atau pendapat yang tidak selaras dan selari dengan pendirian kerajaan pun kita boleh terima. Kerana itu adalah selaras dengan amalan demokrasi berparlimen. Hanya apa juga yang kita mahu suara itu atau pendapat yang bercanggah mestilah berpaksi kepada keluhuran perlembagaan dan rule of law”.

"Umpamanya kalau kita nak memilih kerajaan, kita pilih kerajaan melalui peti undi, kita tidak  boleh memilih kerajaan ditepi-tepi jalan melalui perhimpunan jalanan, kita tidak  memilih kerajaan dengan cara untuk kita mendesak dan membuat huru hara kepada kerajaan dan kepada suasana politik Negara kita  sehingga menimbulkan keadaan tidak makmur kepada Negara kita ini. Itu tidak selaras dengan semangat perlembagaan Negara kita”

Sistem politik negara memerlukan rakyat menerima keputusan yang dibuat melalui peti undi dimana negara telah memilih system dimana parti mempunyai lebih kerusi akan membentuk kerajaan. Sistem ini telah menentukan bahawa BN telah muncul sebagai parti yang bilangan kerusinya melebihi daripada pembangkang.

Sebagai generasi muda mesti faham bahawa kalau kita nak tuntut pada perubahan, perubahan mestilah berpandu perlembagaan dan rule of law. Kalau tidak akan berlaku undang-undang rimba dalam Negara. Undang-undang rimba akan meruntuhkan segala-gala yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu daripada kita.

Selanjutnya Perdana Menteri memberi perakuan bahawa suara orang muda akan sentiasa didengari dan dirasai  oleh kerajaan pimpinan BN. Sebagai belia telah melantik YB Khairi Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan attas sebab beliau dalam lingkungan orang muda. Dengan adanya orang muda, kerajaan, suara dan luahan orang akan dapat disampaikan kepada kerajaan.

Dengan cara begini, kerajaan  boleh mengorak langkah demi langkah untuk memperkasakan belia di dalam Negara. Salah satu daripada  prinsip yang amat penting ialah semangat untuk memberi sesuatu semula kepada komuniti, kepada agama, bangsa dan Negara. Ini adalah berasaskan kepada semangat sukarelawan. Semangat kesurelawan ini adalah penting dan bukan kerana sogokan material semata-mata. 

Belia hendaklah mempunyai ideasme mempunyai tenaga “energy level” yang tinggi. Belia ialah insan yang mempunyai  imun melakukan sesuatu disamping mempunyai kreativiti yang tinggi. Kerajaan menyediakan menjadi fasilatator dan memberi ruang dan peluang seluasnya-luasnya supaya tenaga,  kreativiti dan kemampuan kemahiran belia akan dapat lebih menyerlah dapat dijadikan tenaga yang kuat untuk melakuka perubahan yang besar kepada Negara. 

“Jika mahu perubahan kepada Negara tidak semestinya terlibat dengan himpunan jalanan atau meruntuhkan apa yang ada pada hari ini. Komitmen kerajaan yang ada pada hari ini boleh melakukan. Belia perlu berfikiran waras dan rasional dapat menilai mana yang benar dan salah. Menggunakan akal fikiran membezakan anatara hak yang bathil. Membezakan pada yang benar dan yang palsu.” ujarnya lagi.

Admin

1 comment :

  1. Benar sekali. Bangunkan minda anak-anak muda dengan aktiviti mencintai negara bukan dengan demonstrasi jalanan yang menunjukkan mentaliti murahan anak Malaysia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...